” Cantiknya rumah. Nanti dah siap boleh la buat house tour.. ” – Netizen

Video Saharul Ridzwan Melihat Proses Interior Design Rumah Barunya. Wah Alhamdulillah Rezeki Isteri Dan Anak-Anak. Lebih Selesa Dan Tersusun. Mesti Hasilnya Wow Ni !!

Anak muda berasal dari Kelantan ini mula dikenali dengan drama Aku, Kau, Kita. Bergandingan bersama Janna Nick pada ketika itu, nama Saharul meningkat naik. Beliau yang juga peserta Hero Remaja mempunyai pakej rupa dan bakat yang bagus.

Memilih Qaabila Deena Emir sebagai suri hatinya, rumahtangga mereka bahagia dan disenangi peminat. Sama cantik sama padan, kedua-duanya sering terlihat ceria bersama anak sulung mereka, Muhammad Luth Ali. Deena juga baru sahaja melahirkan anak kedua mereka bulan lepas.

Fateema Azzahra nama diberi, melengkapi lagi kehidupan mereka. Sebagaimana suami lain, Saharul juga mengimpikan keselesaan buat Deena dan anak-anak. Impian 2 tahun lalu untuk membeli rumah sendiri akhirnya tercapai.

Meninjau akaun Instagram milik Saharul, telah dikongsikan satu video yang memaparkan beliau melihat rumah barunya yang sedang direnovasi. Mengupah pakar untuk membuat interior design rumahnya itu, Saharul turut bersyukur kerana berjaya mencapai impiannya untuk isteri tersayang.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Rasanya 2 tahun lepas, sy pernah post kat IG , sy doa, sy nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga , tak perlu naik lift sebab everytime nak angkat barang macam payah. Lagi2 bila beli barang dapur. Jadi tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah sy sendiri ni parking betul2 depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah je sampai dah rumah. Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Dan saya yakin inilah yang terbaik utk saya pada waktu ini. Alhamdulillah. InShaaAllah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pulak ye sayang @deenaemir. Kuasa doa, usaha , sabar dan tawakkal. InShaaAllah Berdoalah setiap hari pada Allah. Mintalah setiap hari pada Allah. Tunaikanlah apa yang diminta dari kita sebagai hambaNya. InShaaAllah, ganjaran Allah lebih besar dari apa yang boleh dinilai oleh kita. ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Perkongsian Saharul ini buat ramai tertarik dan memuji sikapnya itu. Antara komen-komen :

” S4spen betul ingatkan nampak interior diaa. Thank you sayang Aamiin.. “

” Bagus sayang isteri. Moga dilimp4hkan rezeki yg banyak you sekeluarga.. “

” Cantiknyaaa rumah. Nanti dah siap boleh la buat house tour.. “

” Alaa. Takat “waaaaaah” dia je. Tak sabarnya nak tengok dah siaaapp.. “

” Alhamdulillah… Bila kita ingat ‘DIA’.. ‘Dia’ akan ingat pada kita.. “

” Tahniah, semoga Allah permudahkan semuanya, bahagia dunia akhir4t.. “

” Rezeki Allah tidak pernah sal4h alamat, ia datang tepat pada waktunya, hanya perlukan keredhaan dan kesabaran.. “

Terharu melihat cara Saharul menghargai isterinya ini. Alhamdulillah akhirnya impian Saharul untuk miliki kediaman yang lebih selesa buat isteri dan anak-anak tercapai. Pasti Deena pun tak sabar nak tengok rumah impian mereka ini. Apa pun, tahniah buat Saharul. Semoga terus berjaya dalam kerjaya dan dikurniakan Allah rezeki yang melimp4h ruah. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..