” Cantiknya maknya… “

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Karl Mateen, Anak Elvina Mohamad. Wah, Berseri – Seri Elvina !!

Datin Norzalina Mohamad atau lebih dikenali sebagai Elvina Mohamad merupakan seorang pelakon wanita. Beliau mula dikenali menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Shhh… I Love You, Baby Ana Milik Siapa, Jojie Gigil dan banyak lagi.

Elvina dilahirkan pada 25 Januari 1995 di Teluk Intan, Perak. Beliau merupakan anak kepada pasangan Mohamad Ibrahim dan Mariah Husin. Elvina merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai dar4h kacukan Siam dan Melayu.

Elvina telah berkahwin dengan Datuk Mohd Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan permotoran pada 18 Mac 2018 dan sekaligus mendapat gelaran Datin. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 30 November 2018.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya, Elvina berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis sambutan hari lahir anaknya, Karl Mateen yang pertama. Bertemakan kartun animasi ‘ The Boss Baby’, dekorasi majlis tersebut begitu indah sekali.

” Karl Mateen Turns One.. “

Rata-rata netizen mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada si comel Karl Mateen. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknya maknya… Piebeday sayang auntie… “

” Happy Besday ensem boy.. “

” Happy birthday baby Karl Mateen.. “

” Happy birthday ensem boy . . “

” Comelnya kek macam Karl Mateen.. “

Lagi gambar-gambar sekitar majlis tersebut :

Alahai comelnya Karl Mateen. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke satu tahun kepada Karl Mateen. Semoga membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elvina Mohamad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..