” Cantiknya isteri. Neutral beauty tak makeup tebal.. “

Fitri Haris Kongsi Video Perkahwinannya Yang Begitu Romantik Bak Filem Hindustan. Wow, Cantiknya Lokasi Dalam Video Tersebut !!

Juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua iaitu Fitri Haris telah pun menamatkan zaman dudanya semalam dengan mengahwini pengurusnya sendiri, Fazilah Omar. Fitri yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC sudah lapan tahun menduda.

Fazilah merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia sembilan tahun. Fitri pula mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun hasil perkahwinannya yang lalu. Menurut Fitri, beliau sememangnya tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan wanita yang sentiasa berada di depan matanya sejak pembabitannya dalam GGV2.

Pasangan ini akan berbulan madu di Bandung, Indonesia . Terdahulu, Fitri menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik Islamik di Universiti Nottingham, United Kingdom pada 10 Disember lalu. Beliau menamatkan tempoh PhD tersebut selama empat tahun.

Menerusi akaun Instagram, Fitri berkongsi video perkenalan dan diselitkan sedikit sedutan lafaz pernikahan Fitri Haris dan isterinya yang dirakamkan di Istanbul, Turkey. Video yang berdurasi tiga minit begitu menarik sekali dan turut diselitkan puisi indah dari Fitri.

Jom tonton video di bawah :

” “Yang Terakhir” Pernah aku mengecew4kan, pernah jua aku di kecew4kan, lump0h kewarasanku, hil4ng gerak akal ku, di persimpangan jalan hidupku, KU TAK PERCAYA CINTA, KU TAK PERCAYA BAHAGIA, Kau hadir beri cahayamu yang terang, ku tak percaya cinta, ingin percaya bahagia, “

” YANG TERAKHIR, menyambut hati yang lara, TERIMA KASIH CINTA TERIMA KASIH BAHAGIA FitriXFazilah.. “

View this post on Instagram

Pernah aku mengecewakan, pernah jua aku di kecewakan, lumpuh kewarasanku, hilang gerak akal ku, di persimpangan jalan hidupku, KU TAK PERCAYA CINTA, KU TAK PERCAYA BAHAGIA, Kau hadir beri cahayamu yang terang, ku tak percaya cinta, ingin percaya bahagia, YANG TERAKHIR, menyambut hati yang lara, TERIMA KASIH CINTA TERIMA KASIH BAHAGIA FitriXFazilah #isterikupengurusku #barakallah Dorset Kuala Lumpur Live Update Majlis Perkahwinan Fitri & Fazilah Venue & Catering : @dorsettkualalumpur Host : @fedtriyahya Photographer & Videographer ( Live Update ) : @teddyroxfilm Bride’s Dress : @altelia_amani @jakel_shahalam Bride’s Makeup : @norezzidrdris Bride’s Hairstylist : @norezzidrdris Bride’s Henna : @inaiferemfuan Pelamin : @ilapelaminofficial Hand Bouquet : @bungetangan Doorgift : @kaygiftskl Sound System : @wjeventservices

A post shared by Dr. Fitri Haris (Ph.D) (@fitriharisofficial) on

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah Angah dan pasangan kak El moga berbahagia dan kekal till jannah aminn.. “

” Alhamdulillah. Everything gonna be fine. Semoga bahagia di jalan Allah smpai syurga. Aamiin.. “

” Alhamdulillah. Tahniah @fitriharisofficial dan El. Semoga berbahagia selalu dan kekal hingga jannah. Amin.. “

” Semoga berkekalan hingga ke Jannah dan dikurniakan zuriat soleh & solehah.. Aamiin.. Termakbul jgk doa para peminat angah.. “

” Cantiknya isteri .. neutral beuty tk makeup tebal.. “

” Sebaknya dengar akad nikah semoga bahagia sampai Jannah… Aaminn.. “

” Wow mcm mohabbatein  semoga bahagia hingga ke syurga… “

” Alhamdulillah… Tahniah, semoga bahagia smpi ke jannah. Aminn “

Wah, cantik sungguh lokasi yang dipilih untuk rakaman video tersebut. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Fitri Haris dan isteri serta selamat pengantin baru diucapkan. Semoga mahligai cinta yang dibina kali ini berkekalan sehingga akhir hayat malah hingga ke syurga. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fitri Haris, ABPBH by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..