” Cantiknya isteri dan anak, comel-comel semuanya.. ” – Netizen
Gambar Keluarga Wan Raja Di Hari Raya Aidilfitri Raih Perhatian Peminat. Alahai Comel-Comel Anak Wan Raja. Anak Perempuan Sebijik Muka Ibunya, Yaya Maembong !!
Meninjau ke akaun Instagram Wan Raja, perkongsian gambar-gambar keluarga ketika menyambut hari raya Aidilfitri tempoh hari telah meraih perhatian ramai peminat. Mengenakan tema sedondon berwarna biru, potret keluarga ini nampak begitu cantik sekali.
Umum mengetahui bahawa Wan Raja telah berkahwin dengan kakak kepada Emma Maembong iaitu Yaya Maembong dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang cukup cantik dan comel.
Seri Aileen Marissa berusia 6 tahun dan Muhammad Emre Farizqi berusia 4 tahun merupakan nama cahaya mata Wan Raja. Perkongsian Wan Raja ini telah menerima lebih daripada 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Wan Raja sudah banyak membintangi drama-drama di kaca televisyen. Kini Wan Raja popular menerusi watak Harris dalam drama Dend4m Seorang Isteri yang bersiaran di Astro Prima. Drama tersebut diadaptasi menerusi salah satu drama bersiri popular Korea.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan selamat hari raya kepada Wan Raja sekeluarga. Antara komen-komen yang diberikan :
” Selamat hari raya aidilfitri kepada wan raja dan isteri.. cantik dan comel semuanya.. beautiful famili, semoga bahagia.. “
” Selamat hari raya kak yaya & abg wan sekeluarga maaf zahir batin.. Cantiknya kak yaya, seri aileen pun semakin glow up.. “
” Selamat hari raya segak man Haris.. aloo comel anaknya.. Ni ka yang kaki cur4ng tu makin menjadi-jadi,.. haha.. “
” Selamat Huru Hara Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin wanraja dan seluruh keluarga.. Sama lah kita.. Mkn Mee goreng Di Pg raya.. “
” Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin to you and family. cantiknya girl tu.. Yg penting aktiviti raya still on.. “
” Selamat Hari Raya maaf zahir batin..memang kelam kabut.. aku pun tak sempat balik kg wei.. si cantik manis Seriaileen.. “
” Selamat hari raya abg wan & kak yaya. maaf zahir dan batin.. cantiknya wife dan anak.. Suka tgk isteri wanraja.. paling lembut n sopan.. ibu yg baik.. “
Bak kata pepatah, ke mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Wajah anak perempuan Wan Raja sangat seiras seperti ibunya manakala wajah anak lelaki Wan Raja seiras dengan bapanya. Semoga keluarga ini sentiasa bahagia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wan Raja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..