” Cantiknya Fasha bertudung, manis sangat-sangat. Bersemut tengok tau.. “

Penampilan Fasha Sandha Yang Manis Berhijab, Tarik Perhatian Peminat !!

Majlis persandingan pasangan pengantin baru Fasha Sandha atau pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan dan suaminya Aidil Aziz baru sahaja selesai minggu lalu.

Fasha dan Aidil selamat bernikah di Masjid di kampung halaman Fasha di Perlis pada hujung bulan Mac yang lepas. Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil telah diadakan minggu lalu di Negeri Sembilan

Setelah selesai kedua-dua majlis, pasangan ini membawa keluarga pergi bercuti bersama mereka di Port Dickson baru-baru ini. Nampaknya Fasha dan Aidil membawa keluarga pergi honeymoon sekali. Jarang pengantin baru buat begini. Memang terbaik !!

Ramai yang memuji cara Fasha dan Aidil yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan. Keakraban mereka sekeluarga membuatkan ramai yang terharu. Ini keluargakeluarga besar yang sangat diidam-idamkan oleh Fasha sebelum ini.

Menerusi akaun Instagram, Fasha berkongsi video sedang membantu suaminya, Aidil memakai samping bagi tugasan untuk kempen raya. Difahamkan video ini telah diambil secara ‘candid’ oleh seorang ‘make up’ artis yang bernama Jija Anuar.

Pasangan merpati dua sejoli ini kelihatan sangat ‘sweet’ dan terserlah seri pengantin dan terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka. Fasha dan Aidil memakai baju raya sedondon berwarna ‘baby blue’, sangat sepadan kedua-duanya bagaikan pinang dibel4h dua.

Apa yang menariknya, penampilan Fasha yang mengenakan hijab membuatkan Fasha kelihatan lebih ayu, sopan dan anggun sehingga menarik perhatian ramai yang menonton video ini.

Jom tonton video di bawah :

” Hari ni bertugas dengan Encik Suami untuk kempen raya matchy2. Baju raya sangat selesa dan cantik sangat.. “

Rata-rata peminat memuji kecantikan Fasha yang mengenakan hijab. Mereka mendoakan semoga Fasha akan berhijab satu hari nanti. Antara komen-komen peminat :

” You are so pretty bila berhijab. Insya Allah one day kan….. Happy newlyweds Kak Fasha.. “

” Cantiiknyaa fasha bertudung..manis sgt2..bersemut followers tengok tauu.. “

” MasyaAllah cantiknyaaa bertudung, InsyaAllah suatu hari tbuka pntu hati kak fasha. Mudahan2.. “

” Nmpaknya tahun ni da ada yg pkaikan samping… yeahhh… till jannah kak fasha & abg aidil.. “

” Alhamdullillah…. perkahwinan @fashasandha kali ney.. nampk sangat cerianya dan serinya berbanding yang lepas… In Shaa Allah.. moga berbahagia hingga ke Jannah dan menjadi keluarga yang Sakinah Mawaddah Warrahmah ya.. Allahuma Amin… “‘

” Comel Saya percaya u Mmg isteri n ibu yg baik. boleh nmpk keserian u… pls pls hold each other hand until jaanah.. “

” Sy rasa kak @fashasandha nampak lebih menyerlah bila berhijab. Nampak bertambah2 cantik, ayu, manis sesuai dengan penampilan. Sy doakan semoga terbuka pintu hati kak fasha berhijab nanti yer. Semoga dipermudahkan. Aamiin… “

” Cantik Kak Fasha bertudung, baju pun sedondon. Suka tgk.. “

Sama-sama kita doakan semoga Fasha akan berhijrah memakai hijab dan menutup aurat dengan sempurna dan seterusnya istiqamah. Semoga Aidil dapat membimbing Fasha menjadi isteri yang solehah. Amin.

Kami di Berita Kopak mendoakan kebahagian buat Fasha dan Aidil. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hanyat bersama anak-anak dan keluarga yang tersayang. Amin..

Silakan SHARE…

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..