” Cantiknya bud4k ini. Muka daddy dia sangat.. ” – Netizen

Che Puan Sarimah Kongsi Gambar Anaknya, Tunku Sofia Najihah Dengan Pertanyaan Wajah Sofia Mirip Siapa. Comelnya Sofia !!

Siapa tidak kenal dengan nama pengacara terkenal Sarimah Ibrahim. Beliau kini dikenali dengan nama Che Puan Sarimah setelah melangsungkan perkahwinan bersama kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

Che Puan Sarimah yang mempunyai kebolehan bercakap dengan laju dan petah ini sering menjadi pengacara untuk majlis istimewa. Personalitinya yang ceria dan sering menyelitkan unsur jenaka membuatkan penonton terhibur dengan persembahannya.

Dikurniakan seorang cahayamata ketika usianya 41 tahun, CP Sarimah dan suami amat gembira dengan kurniaan Allah ini. Puteri ini diberi nama Tunku Sofia Najihah yang kini sudah berusia 11 bulan. Banyak perkembangan Sofia dikongsikan di akaun Instagram miliknya yang selalu menjadi perhatian peminat.

Menerusi akaun Instagram Sarimah Ibrahim, telah dikongsikan sekeping gambar anaknya Tunku Sofia. Turut menulis di kapsyennya itu pertanyaan kepada netizen tentang raut wajah Sofia lebih mirip kepada dirinya ataupun suaminya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Sofea ini mencur1 perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” She gots her father’s face but smiles like her momy.. “

” She look a bit like u and her daddy.. a mix of both.. thats why shes so pretty.. “

” So pweetyyy. She look like her daddy.. “

” Muka mummy dia, mata Daddynya.. “

” Cuteness 0verl0ad case ni. Sangat-sangat comel.. “

” Cantiknyaaa bud4k ini. muka daddy dia sgt.. “

Comel betul Sofia ni. Muka daddy tapi senyum manis macam mommy. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Sofia membesar dengan sempurna, dilindungi Allah selalu dan membesar menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG CP Sarimah Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..