” Cantiknya Ayu, Arrian sangat muka dibu masa ni.. ” – Netizen

Tomok Kongsi Video Thr0wback Majlis Perkahwinannya Bersama Ayu Abas Sempena Ulangtahun Perkahwinan Mereka Ke 9. Penampilan Ayu Yang Cantik Dan Menawan Cur1 Tumpuan Ramai. Sebijik Muka Arrian !!

Semalam merupakan tarikh yang cukup istimewa buat Tomok dan pasangannya, Ayu Abas kerana ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan mereka. Begitu pantas masa berlalu, sudah 9 tahun pasangan ini melayari bahtera rumah tangga bersama.

Melalui perkahwinan mereka ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan. Anak-anak pasangan ini diberi nama Arrian, Andra dan Siti Khadijah. Arrian kini berusia 8 tahun dan Andra pula berusia 5 tahun.

Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata ketiga yang dilahirkan pada 5 Jun 2020 setelah sekian lama menanti kehadiran cahaya mata perempuan. Kelahiran Siti Khadijah telah melengkapkan kehidupan keluarga mereka.

Menerusi akaun Instagram, Tomok telah memuatnaik video thr0wback majlis perkahwinannya bersama Ayu pada 9 tahun yang lepas. Penampilan Ayu yang cantik dan menawan telah mencur1 perhatian ramai orang. Ada yang menyatakan seiras sangat dengan wajah Arrian.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Antara komen-komen mereka :

” Fuhhh.. tahniah2.. moga terus kekal bahagia hingga jannah.. Aaamiiinnn.. “

” Cantiknyaaa dibu.. Tahniah.. tak sangka kita share tarikh dan tahun anniversary yg sama.. “

” Happy anniversary both. Suka tgk Ayu….cantikkkk manissss sgt.. “

” Happy anniversary tomok n wife.. Tahniah n alhamdulillah.. “

” Taniah.sweet couple. cantik isteri. happy family.. “

” Happy anniversary tomokofficial n wife,,cantik nya dibu.. “

” Cantik ayu, Arrian sangat muka dibu masa ni.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9. Semoga ikatan perkahwinan Tomok dan Ayu terus berkekalan dan bahagia hingga ke jannah di samping cahaya mata yang comel-comel. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..