” Cantik tulisan Shuib, berseni. Macam type dekat komputer.. ” – Netizen
Video Shuib Sepahtu Kongsi Sedang Menulis Di Whiteboard Raih Perhatian Warganet. Wah Cantiknya Tulisan Shuib, Sangat Kemas Dan Berseni. Siap Berangkai-Rangkai Lagi. Patut Lah Masa Sekolah Dulu Ramai Perempuan Suruh Tulis Lirik Lagu !!
Umum mengetahui sejak pemergian isteri tersayang, pelawak terkenal Shuib Sepahtu lebih memberikan tumpuan terhadap urusan anak-anak dan perniagaannya. Lebih-lebih lagi arw4h Siti Sarah Raissuddin telah men1nggalkan seorang anak kecil iaitu cahaya mata keempatnya, Ayash Affan.
Namun beberapa lama selepas itu, kelihatan Shuib telah sibuk dengan kerjayanya iaitu kembali bergelar sebagai pengacara radio di stesen radio Suria. Bersiaran di udara pada waktu pagi dan bergandingan bersama Ajak serta Suraya, celoteh ketiga mereka membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Shuib telah berkongsi satu video yang memaparkan Shuib sedang menulis di whiteboard. Shuib telah diminta oleh seorang wanita yang sedang merekod video itu untuk menulis perkataan ‘ Sayang ‘ .
Selain menulis perkataan ‘ Sayang ‘, Shuib juga berkongsi beberapa lagi perkataan seperti ‘ Suria ‘ dan namanya ‘ Shuib ‘ . Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet dan hingga kini telah menerima lebih belasan ribu serta ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memuji tulisan Shuib sangat cantik dan ada yang menyamakan tulisan Shuib seperti tulisan pada komputer. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantik tulisan Shuib, berseni. Macam type dekat komputer. Ni kalo zaman tulis surat cinta dlu mesti awek bro berbunga dapat surat cinta, hehe.. “
” Cantiknya, nampak kemas dan tersusun. Shuib ni banyak bakat, pandai nyanyi, pandai berlakon, tulisan pun berseni, memang jiwa seni betul lah.. “
” Tulisan manusrip zaman sekolah, sama lak tulisan kita. Dulu2 kalau pandai tulis macam ni kira power lah.. “
” Cantik sungguh tulisan (kalah org perempuan ni) bawa kat tulisan aku, cikgu sejarah dulu kata tulisan cakar ayam, hehe.. “
” Woww lawa yer, berangkai2 macam simpul cinta, saya suka lah dengan tulisan macam ni, terus minat nak membaca, hehe.. “
” Perghhhh lawaaa sungguh ni handwriting. Tak ku sangka tulisan Shuib cantik sebegini. Gaya cakap tu dah macam Matin, hehe comel.. “
” Kalau dekat sek tahun 3 dh belajar tulis cmni, namanya tulisan berangkai. Tak semua orang akan cantik tulisannya, tapi tulisan Shuib memang cantik.. “
Wow memang berseni betul tulisan Shuib, patut lah pagi tadi Shuib ada berkongsi cerita di radio yang ketika di sekolah dahulu ramai rakan-rakan perempuan meminta untuk menulis lirik lagu, kerana tulisannya yang cantik. Apa-apa pun memang terbaik lah Shuib.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..