” Cantik, sopan, tak lekang senyum, suara merdu. Muka macam Catriona Ross bila senyum.. “

Pengasuh Siti Aafiyah Tunjuk Bakat Boleh Menyanyi, Buat Ramai Yang Terpegun !!

Nama dan wajah si cilik yang comel Siti Aafiyah Khalid yang merupakan anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi.

Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram atas namanya sendiri,¬†tetapi Aafiyah mempunyai ramai peminat. Dato’ Siti selalu berkongsi gambar-gambar dan video-video si comel kesayangan ramai ini di akaun Instagram miliknya.

Gelagat dan keletah comel Aafiyah yang lahir pada 19 Mac 2018 ini menarik perhatian ramai khususnya peminat-peminat yang sentiasa menantikan gambar-gambar, video-video dan update terbaru mengenainya di Instagram.

Jika anda mengikuti akaun Instagram, pasti anda perasan ada seorang wanita muda yang selalu berada di sisi Aafiyah. Beliau sering dilihat mendukung dan menjaga Aafiyah.

Untuk pengetahuan wanita yang bernama Dayah ini adalah pengasuh Aafiyah yang merupakan jururawat bertauliah yang dipilih oleh Dato Siti sendiri. Aafiyah memanggilnya dengar gelaran ‘Kakak’.

Menerusi Youtube Budiey Channel, Saudara Budiey telah berkongsi satu video Dayah telah diminta naik ke pentas untuk menyanyikan lagu ketika di Majlis Perjumpaan Hari Raya Bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Sitizone.

Dayah yang pada mulanya kelihatan malu-malu apabila namanya dipanggil oleh pengacara majlis, akhirnya terpaksa akur dengan permintaan Dato’ Siti dan rakan-rakan Siti Zoners yang lain. Siti Saerah, adik kepada Dato’ Siti turut dijemput untuk menyanyi bersama-sama Dayah mendendangkan sebuah lagu raya.

Rata-rata netizen memuji kecantikan dan kemerduan suara kakak Aafiyah. Antara komen-komen netizen :

” Muka mcm catriona ross esp. bila ketawa.. “

” Tok Ti bijak pilih pengasuh anaknya mesti berpelajaran, kemas, cantik dan pandai mengasuh Afiah.. “

” Cantik.. lemah lembut.. educated.. bertuah aafiyah dapat pengasuh mcm hidayah.. x keje nurse mcm kawan2 seangkatan pun x pe dah boleh jaga aafiyah.. “

” Bukan setakat pengasuh kalau x silap die jgk jururawat peribadi kpd afiyah.. “

” Tokti ada bukak vacancy ker kat jobstreets, job Malaysia. Nk mohon jdi driver aafiyah.. “

” Ari2 dia nyanyi dodoikan anak ct, tu pasal suara sdp… ting ting tang ting.. “

” Mcm ni aku nak jadi tukang kebun kepada Dato siti lah… Lawaaanyaa pengasuh Dato… sejuknya mata memandangnya pengasuh Dato.. “

” Cantik, sopan, x lekang snyum… best gk nyayi.. anugrah Allah.. smga trusn jaga adab, pnyayang.. tmui psangn yg terbaik.. “

Alahai merdu juga suara kakak Aafiyah ini, nanti boleh lah cuba berduet dengan ibu lepas ni kan Aafiyah. Sudahlah cantik orangnya, sopan santun dan berbudi bahasa, memang ada pekej lengkap dan ciri-ciri wanita idaman malaya. Tak gitu ?

Kepada yang belum tonton lagi videonya, sila tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube Budiey Channel by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..