” Cantik g1le, rasanya dia artis yang mengandung tak pakai baju ketat-ketat.. “

Elfira Loy Terima Pujian Netizen Kerana Pemakaian Sopan Ketika Mengandung. Lihat Komen Dan Koleksi OOTD Ibu Mengandung Ini. Wow, Sejuk Mata Memandang !!!

Ramai yang mengenali Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur, kepada pasangan Ahmad Sabri dan Filzah Binti Yusoff.

Beliau mempunyai tiga adik-beradik iaitu abang sulungnya Ahmad Ezzraa Loy, ketiga Nurul Ezzlisa Loy dan keempat adiknya Awamg Ezzrin Loy. Elfira juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, seorang yang bijak dalam pelajaran dan aliran sains di sekolahnya.

Elfira diijabkabulkan dengan suaminya Faris Khairol Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan yang bergelar Datuk pada 1 Januari 2019 yang lalu dalam sebuah majlis yang tertutop. Sebelum itu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 2 September2018 setelah menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

Umum mengetahui Elfira Loy ketika ini sedang mengandung anak pertamanya. Beberapa gambar yang dimuat naik oleh Elfira Loy di laman Instagram telah menjadi perhatian netizen. Ramai yang memuji cara Elfira Loy berpakaian ketika mengandung kerana nampak lebih sopan dan sesuai.

Menerusi entri terbarunya di laman Instagram, beliau telah memuat naik beberapa gambar ketika menghadiri majlis akad nikah seorang sahabatnya. Beliau begitu cantik dengan mengenakan sepasang jubah yang besar dan sangat sesuai dengannya. Di ruang komen postingnya dipenuhi dengan pujian netizen kepadanya.

Ini adalah screenshot komen-komen yang memuji beliau yang diambil di bawah posting tersebut :

” Sedap mata memandang.. “

” Cantik giler.. “

” Ya Allah, pakaian sopan sangat.. “

” Sangat menjaga pemakaian.. “

” Baju semua labuh-labuh.. “

” Suka tengok pemakain Elfitra Loy.. “

” Bagus El, semua baju longgar.. “

” Cantik sangat.. “

Ini pula posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya :

” #Elfaris at #Harizfoundhisnur Akad Nikah. Thank you @ashraffzainal for making me look less besar in this beautiful jubah.. “

Selain memuji penampilan Elfira yang semakin anggun ketika hamil, peminat turut mendoakan semoga urusan Elfira untuk bersalin nanti akan dipermudahkan. Antara komen-komen peminat :

” Beautiful as alwaysss el.. “

” All the best for baby.. “

” Cantikkkk nyaaaa diaaaa berserriiii.. “

” Masyaa Allah.. seri mother to be.. “

” Cantikkkm sgt el. Semoga Dipermudahkan segala Urusan Bersalin Nanti.. “

“Aduhh comellnyaa elfira.. “

” Tgok body cutting, its a baby gal.. smga diprmudhkn sgala urusan.. Aamiin.. “

Di bawah ini. Kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda beberapa lago gambar ‘ OOTD ‘ Elfira Loy sepanjang mengandung. Gambar-gambar ini dimuat naik oleh beliau di laman Instagram miliknya.

Tengoklah betapa bersri-serinya El !

El bersama suami tercinta.

 

El bersama rakan-rakan dan kenalan.

Alahai memang berseri sungguh ibu mengandung ni. Pakaian yang dikenakan sangat sesuai dengan Elfira. Kami di Berita Kopak mendoakan Elfira Loy dipermudahkan oleh Allah untuk melahirkan dan sentiasa dilindungi di mana jua Elfira berada.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Elfira Loy, Faris Khairol Anuar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..