” Cantik elok je diorang pakai. Aku pakai, macam mak nenek dah.. “

Bila Ahli Kumpulan Kpop GFriend Pakai Kain Batik, Ini Yang Terjadi !!

Sebut sahaja perkataan ‘KPOP’ sudah pasti ramai yang tak keruan terutama di kalangan gadis-gadis remaja. Fenomena KPOP semakin popular sejak kebelakangan ini sehingga ada yang sanggup berhabis duit demi memenuhi minat mereka.

Wang dan tenaga seolah-olah tidak menjadi masalah kepada peminat-peminat KPOP ini. Selain itu, dapat juga dilihat juga, media di negara ini turut menukar strategi pemasaran mereka dengan mengetegahkan artis-artis Korea sebagai daya tarikan untuk pembaca.

Kemunculan artis-artis KPOP juga dilihat bak ‘cendawan tumbuh’ pada hari ini. Terutamanya artis berkumpulan. Antara kumpulan KPOP yang menjadi pilihan ramai adalah Blackpink, Exo, BTS, Twice, Got 7, Bigbang dan banyak lagi.

Menerusi akaun Instagram, pihak radio Era telah mengundang kumpulan Kpop GFriend menjadi tetamu di konti. Untuk pengetahuan yang belum tahu, GFriend adalah kumpulan Kpop yang semakin meningkat popular seperti Blackpink dan yang lain.

Mereka akan mengadakan konsert jelajah Asia di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 29 Jun 2019 ini di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam Selangor.

Kumpulan GFriend ditubuhkan pada tahun 2015 ini dianggotai oleh enam anggota wanita yang berasal dari Korea Selatan iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji.

Apa yang menarik di konti radio Era, Hani Fadzil mengajar semua ahli GFriend menyebut ungkapan ‘Baby Sayang’. Alahai, comel pula rasanya tengok orang korea cakap dalam bahasa melayu.

Jom tonton video di bawah :

” @hahanybunch sempat ajar @gfriendofficial cakap ‘Baby Sayang’ tadi… Tengok full video nanti kat segmen digital #hallyuera.. “

Apa yang lebih menarik apabila Hani turut membuat kej0tan menghadiahman GFriend kain batik. Gelegat mereka mengenakan kain batik itu menarik perhatian netizen.

” @hahanybunch sempat buat surprise untuk @gfriendofficial siap bagi kain batik untuk diorang… #hallyuera.. “

Alahai comelnya GFriend pakai kain batik. Tak sabar nak tonton video penuh nanti.

” Comel jek @gfriendofficial belajar pakai kain batik dengan @hahanybunch … Korang kena tunggu full video dengan diorang kat segmen digital #hallyuera nanti ok.. “

Rata-rata netizen terhibur menonton video-video ini. Antara komen-komen netizen :

” Cantik elok je drg pakai. aku pakai, mcm mak nenek dah.. “

” Yuju pandai pakai, comel je.. “

” Thanks give them kain batik.. “

” Perlu ke ajar ‘Baby sayang’ tu … Nasib baik me tak ada lem4h Jantung, oh my heart.. “

” Cantik lah walaupun pakai kain batik.. “

” Yuju “big skirt”, hehehe.. lol cute.. “

” Nanti ade yang claim. Batik kita corak bermotifkan bunga but tetap ad yang mengaku.. “

Alahai sweet je bila tengok orang negara lain pakai pakaian tradisi negara kita seperti kain batik ini. Satu hadiah yang istimewa untuk orang luar yang datang berkunjung ke Malaysia sebagai salah satu tanda kenangan.

All the best kumpulan GFriend untuk karier dan juga konsert di Malaysia pada 29 Jun ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.Je, Hani Fadzil, GFriend Official by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..