” Cantik dan pemalu orangnya, sanah helwah Airis.. ” – Netizen

Ustaz Ebit Lew Kongsi Video Sambutan Majlis Hari Lahir Anak Sulungnya, Airis Safiyyah Lew. Namun Perwatakan Airis Safiyyah Cur1 Perhatian Ramai. Tak Sangka Dah Besar Anak Sulung Ustaz Ebit.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini telah berkongsi satu video dia telah membuat kej0tan memberi sejambak bunga  ros dan belon untuk isteri tercintanya, Farah sempena sambutan hari lahirnya.Video tersebut telah mendapat perhatian ramai di laman media sosial.

Sudah kita tahu, Ustaz Ebit Lew seorang yang sangat mencintai dan memberi keutamaan pada keluarganya meskipun dia sangat sibuk dalam menguruskan kerjayanya sebagai usahawan dan pendakwah. Sering menggunakan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW buat Ustaz Ebit sentiasa disegani dalam ramai.

Menerusi tinjauan di Instagram, Ustaz Ebit Lew sekali lagi berkongsi video sambutan hari lahir. Namun pada kali ini ia merupakan sambutan hari lahir anak sulungnya iaitu Airis Safiyyah yang kini telah pun berusia 11 tahun. Ustaz Ebit juga turut berkongsi coretan khas buat Airis Safiyyah sempena hari lahirnya itu.

Lahirnya pertama hati yang pertama, Airis Safiyyah membuatkan Ustaz Ebit dan isteri merasa bahagia dan syukur akan kurnian Allah SWT. Video tersebut kelihatan Airis berjalan di dampingi oleh Ustaz Ebit untuk meraikan sambutan hari lahirnya. Manis betul rupa paras  anak sulung pendakwah ini.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

View this post on Instagram

Selamat hari lahir Airis Safiyyah Lew 27 Jun.. Tak sedar masa berlalu. Bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah. Dari hari pertama umi lahirkan safiyyah. Ayah bergegas ke hospital dari pejabat. Bawa terus baju-baju. Baca Al-Quran sama umi. Ingat jeritan umi dari jarak makin sakit. Pegang tangan bidadari saya masa lahirkanmu anakku. Bidadariku sakit. Pengsan. Tak sedar kerana risau anak lambat menangis. Bahagia saat melihatmu. Macam mimpi. Syukur pada Allah. Rapat betul kita masa kecil anakku. Betapa sayang ayah pada safiyyah. I love u anakku . Teman ayah berdakwah dan ke pejabat. Waktu tu semua kira sebab tiada duit. Susu dan pampers selalu tiada duit. Ikhtiar mana yang mampu. Terima kaseh bidadariku yang melahirkan anak kita. Ya Allah peliharalah dan jagalah bidadari dan anak-anakku semuanya..-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat anak Ustaz Ebit dan perwatakan anak Ustaz Ebit menerusi video itu turut mencur1 perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sanah helwah utk anakanda ustaz ebit..semoga menjadi anak yg solehah dunia akhir4t.. Aamiin

” Anak sulong ustaz ye? Comeii jee dia malu2. Semoga ustaz sekeluarga sentiasa dlm lindungan rahmat ksh syg Allah SWT , Aamiin.. “

” Selamat hari lahir Airis Safiyyah semoga menjadi anak solehah, berjaya di dunia dan Akhir4t.. “

” Selamat hari lahir adik Airis . Semoga menjadi insan terhebat seperti ayahmu! “

” Selamat hari lahir Airis.. Sedap namanya semanis orangnya .. “

” Sanah helwah  comel je dia senyum2 malu gitu.. “

” Cantik dan pemalu orangnya, sanah helwah Airis.. “

Alahai comel betul anak sulung Ustaz Ebit, pemalu dan sopan rupanya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Airis Safiyyah yang ke-11, semoga Airis Safiyyah menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..