” Cantik…. But mana tudung ? Fesyen eh pakai tudung tu ? “

Dato’ A. Aida Tampil Tanpa Bertudung Di Anugerah Juara Lagu Ke-34 Telah Mendapat Perhatian Warga Media Sosial !!

Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Zaidah binti Awang atau A. Aida merupakan seorang pelakon dan penerbit televisyen, beliau ialah pengasas dan pengarah urusan A. Aida Production yang ditubuhkan pada 2003. Selain itu, beliau juga ialah seorang penulis skrip, komposer dan penulis lirik.

Semalam, berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke 34 turut hadir adalah Dato’ A. Aida sebagai penulis lirik untuk lagu Kisah Cinta Kita dendangan Hafiz Suip yang tercalon pada acara muzik berkenaan. Penyanyi Hafiz Suip dipilih sebagai Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta Trofi.

Selain itu, Hafiz juga turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu yang sama, Kisah Cinta Kita dan turut mendapat wang tunai RM12,000 beserta Trofi. Pada majlis Anugerah Juara Lagu semalam, Dato’ A. Aida turut menjadi perhatian umum dengan penampilan terbaru beliau.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Dato’ A. Aida telah berkongsi gambar beliau ketika menghadirkan diri ke majlis Anugerah Lagu semalam. Gambar tersebut telah mendapat perhatian warga media sosial, gara-gara imej terkini Dato’ A. Aida tanpa tudung.

Ikuti perkongsian Dato’ A. Aida di bawah :

” #AJL 34.. #kisahcintakita.. “

View this post on Instagram

#AJL 34 #kisahcintakita

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on

Rata-rata netizen agak terkej0t dengan penampilan terkini Dato’ A.Aida, namun netizen turut mengucapkan tahniah atas kemenangan lagu ‘Kisah Cinta Kita’ semalam. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tahniah dato A. Aida. Cantik sgt cam anak dara. Saya doakan A. Aida kembali berhijab seperti sebelum ini. Moga dato diberi rezeki melimpah ruah dan Dilindungi Allah swt aamin.. “

” Nampak kat Tv tadi, terus tercakap Eh, A.Aida dah buka tudung ke ? Bukan dia dah bertudung ? mengucap panjang saya. Moga Allah balikkan hati untuk kembali menutup aurat. Dunia dah berada dipenghujungnya. Anyways, Tahniah lagu kisah cinta kita menang 2 kategori ! “

” Tudung mana makcik ? “

” Cantik…. But mana tudung ??? Fesyen eh pakai tudung tu ? Ujian dari Allah ni.. “

” Bukan hri tuhh pakai tudung.. Ke.. Ni dhh buka pulakk tudung.. “

” Skrg ni mmg trend pki bukak tudung ek.. “

Doakan yang baik-baik untuk Dato’ A. Aida. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Dato’ A. Aida snetiasa dipermudahkan, sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia disamping insan-insan tersayang. Tahniah atas kemenangan semalam menerusi persembahan terbaik dan vokal terbaik lagu ‘Kisah Cinta Kita’.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ A. Aida, Youtube TV3 Malaysia by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..