” Cantik baju ni. Tak perasan pun pants lawanya lahaii. Dah pernah ke orang buat pakai seluar masa wedding? Bella org pertama kot.. “

Busana Pengantin Berseluar Bella Dally Curi Tumpuan Ramai !!

Bella Dally sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Ahad lalu di Putrajaya.

Pasangan pengantin baru ini juga turut diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah dan indah pada malam harinya dengan tema Inggeris di Marina Putrajaya.

Ramai sedia maklum sebelum ini, Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman, namun jodoh mereka tidak berpanjangan. Selepas 2  tahun mendirikan rumah tangga, mereka membuat keputusan untuk bercer4i pada Mei 2018.

Menerusi akaun Instagram, Bella mendedahkan sebenarnya busana pengantin yang dipakainya semasa Majlis Resepsi adalah direka khas dengan berseluar. Ramai yang tidak perasan perkara ini sehinggalah Bella memberitahunya sendiri.

Pakaian pengantin Bella mendapat pujian ramai yang mengatakan ianya sangat cantik, unik dan lain daripada lain. Memang tidak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ini.

Baca perkongsian Bella di bawah :

” Pants or dress ? When you want it to be formal and casual at the same time. Sometimes I like to go against the norm, so why do one when you can do both ! Told @nurulzulkifli what I wanted and she succeeded.. “

” Thank you @mimpi_kita team for all the hard work in making this unique and beautiful dress for me. This dress is complex and had to undergo many fitting sessions.. “

” Alhamdulillah a day before my wedding siap! #arifringsbell.. “

Rata-rata peminat memuji kecantikan Bella dan juga busana pengantin yang dipakai olehnya semasa majlis persandingan. Antara komen-komen peminat :

” Wow untung Ariff dapat wife macam you. Pandai masak, pandai bergaya.. “

” I love your wedding outfit so much. now i get why you want the.. “

” Aku dgn roomate ak jerit2… cantekkkknyaaaaa cantekkknyaaaaa… adoiii knp cantek sngt ni @belladally.. “

” Cantik baju ni. Tak perasan pun pants lawanya lahaii. Dah pernah ke orang buat pakai seluar masa wedding? Bella org pertama kot.. “

” Unik and cantik. Hnya org yg berani shj utk cuba pants in dress.. “

” Wow style giler. Cantii sgt. Congrats bella dally.. “

Di bawah kami sertakan beberapa gambar sekitar Majlis Pernikahan dan Persandingan Bella dan Ariff yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya :

Sumber : IG Bella Dally / Article by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..