” Bukan kaleng kaleng lah erkk buat campervan sendiri.. ” – Netizen

Black Hanifah Kongsi Gambar Campervan Miliknya Buat Peminat Teruja. Wah Cantik Betul Hasil Tangan Black Ni, Macam Dalam Rumah. Terbaik !! 

Kelantangan dan kemerduan suara penyanyi yang dikenali sebagai Black Hanifah ini tidak dapat disangkal lagi. Bermula dengan penyertaannya dalam program realiti Mentor, Black mula mencipta nama. Terpilih sebagai protege kepada penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu, bakat nyanyian Black mula menjadi sebutan.

Black dinobatkan sebagai juara Mentor musim ketiga. Banyak single nyanyian Black disukai dan menjadi siulan peminat. Sering diputarkan lagu-lagunya di corong-corong radio, Black ada pengikut setianya yang tersendiri. Sudah pun menikahi Naquia Yasirah, mereka dikurniakan dua orang cahayamata.

Tidak hanya tertumpu di bidang muzik, Black juga mengusahakan bengkel menget0k dan mengecat kereta. Beberapa bulan lepas, Black ada berkongsikan gambar dan video pembikinan campervan miliknya. Berbekalkan ilham yang ada, Black merancang dan mengubahsuai sebuah van biasa menjadi luar biasa.

Menerusi akaun Instagram, Black telah berkongsikan sekeping gambar campervan miliknya yang telah siap diubahsuai. Selesa dan nampak ekslusif, ilham dan kreativiti Black ini buat peminat kagum. Menyanyi boleh, merekacipta pun boleh Black ni. Versatile sangat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian gambar Black ini menarik perhatian ramai. Nampak wow sangat campervan Black ini. Antara komen-komen :

” Kelassssss black. Leh pinjam buat sho0ting ni.. “

” Jarang anak melayu ada van macam ni.. “

” Laju siap, ada arkitek bgus ni. Tgk yg couple van halen buat pn berbulan diy bru siap, tu pn simple je.. “

” Uish ini m4ntul. Bukan kaleng kaleng lah erkk buat sendiri.. “

” Selalu tgk ig campervan luar negara jer. Steady terbaik Black.. “

” Ni kalo jem time blk kg ank2 mmg selesa terbaik incik Black.. “

Wah menakjubkan sungguh hasil kreativiti Black ni. Siapa sangka van yang nampak bur0k pada asalnya boleh bertukar jadi sebegini selesa. Usaha terbaik Black dan boleh jadi inspirasi buat orang lain. Semoga Black sentiasa gembira bersama keluarga tersayang dan success selalu dalam kerjaya. Aamin..

Untuk melihat suasana dalaman campervan sila klik video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah, Youtube Channel Nyawa Black Motorsport

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..