” Bukan kaleng kaleng ini jam ya sis. Terpelant1ng Alka Yagnik wak.. “

Video Dato’ Siti Nurhaliza Bermain Darbuka Buat Netizen Kagum. Serba Boleh Lah Tokti Ni. Comel Pulak Tu Muka Sengih Sambil Tangan Ket0k-Ket0k. Cute Sangat !!

Nama Dato’ Siti Nurhaliza bukan nama asing dalam dunia seni hiburan Malaysia. Sudah cukup terkenal hingga ke peringkat Antarabangsa, nama Dato’ Siti Nurhaliza juga tular hingga ke negara-negara jiran. Lebih mesra dengan panggilan Dato’ Siti, wanita cantik ini semakin hari semakin teserlah kejelitaannya.

Dato’ Siti yang telahpun menikahi Datuk Seri Khalid Jiwa mempunyai seorang cahayamata diberi nama Siti Aafiyah. Dato’ Siti digelar sebagai penyanyi nombor 1 Malaysia kerana suara emas yang dimilikinya itu. Baru sahaja keluar dengan buah tangan terbarunya berjudul 7 Nasihat, lagu berirama Malaysia itu sudahpun mendapat 1 juta tontonan.

Walaupun sudah berpuluh-puluh album dan beratus lagu yang dinyanyikan, suara Dato’ Siti tidak pernah puas didengar. Lunak merdu dengan lenggok qasidahnya seakan membuai-buai perasaan siapa yang mendengarnya. Berilah apa sahaja lagu tidak kira irama malaysia, balada atau pop semuanya dibawa dengan baik oleh Dato’ Siti.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti yang kini berada di Indonesia menghadiri perkahwinan kawannya berkongsi satu video beliau bermain alat muzik darbuka. Wah tak sangka Dato’ Siti pandai bermain darbuka. Senyuman manisnya memang tak pernah lekang dari bibir buat Dato’ Siti semakin cantik di pandangan mata.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan bakat terpendam Dato’ Siti ini. Malah wajahnya juga menjadi tumpuan. Antara komen-komen netizen :

” Bukan kaleng kaleng ini jam ya sis… Terpelanting Alka Yagnik wak.. “

” Dato ct ni lahaaii orang nak tidur dahhh… Terus tak jadi tido duk tengok ulang-ulang.. Awad laa comeii sangat!.. “

” Aduh, cantik, sopan, manja, semua complete. Untung dato K .. “

” Cantikkkkkkk sungguh Tokti ni.. “

” Kenapalaaa tokti ni omeyyy sangattt!.. “

” Dato Ct ni memang serba boleh… “

” Cantik yang tak boleh di bawak bincangggg!.. “

Walaupun tanpa solekan tebal, wajah Dato’ Siti memang natural beauty. Cara Dato’ Siti bermain Darbuka pun macam dah biasa main je gayanya. Kerlas gitu Dato’ Siti. Menyanyi pandai, bersolek pandai, main alat muzik pun pandai. Super perfect Dato’ Siti. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Siti sentiasa diberi kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan disamping keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..