” Buang segala eg0 yang bersarang di jiwa. Anak itu milik ALLAH.. “

Perkongsian Abby Abadi Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Nama pelakon dan penyanyi Norman Hakim dan Abby Abadi tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah menjadi antara pelakon paling popular satu ketika dulu membuatkan nama kedua-dua selebriti ini meningkat naik. Umum mengetahui Norman dan Abby pernah berkahwin sebelum ini.

Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marisa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim Namun jodoh mereka tidak berkekalan dan akhirnya mereka berpisah. Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan sebagai suami isteri, tetapi hubungan silaturrahim antara keluarga Abby dan juga Norman sangat erat.

Kini masing-masing sudah bertemu pengganti dan bahagia dengan pilihan mereka. Norman Hakim kini bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza. Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Abby Abadi juga kini sedang bahagia bersama suaminya, Muhammad Faizal. Mereka telah mengambil dua orang anak angkat sebagai penambah seri dalam keluarga mereka iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia Abby juga baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Danial Firman.

Menerusi akaun Instagram, Abby berkongsi pandangannya mengenai tanggungjawab seorang ibu dan bapa setelah mereka berp1sah seperti yang dialaminya bersama bekas suaminya, Norman. Abby turut menasihati pasangan yang sudah bercer4i supaya tidak mem1sahkan anak-anak dengan bapa atau ibu mereka. Sama-sama jaga kebajikan anak walaupun sudah tidak bersama sebagai suami isteri.

Baca perkongsian Abby di bawah :

” Hidup penuh TANGGUNGJAWAB. Walaupun Mama / Papa dah berp1sah, kena ‘tanggung’ sama2 ‘AMANAH’ yg diberi ini di dunia & ‘jawab’ semua depan ALLAH nanti mana2 yg tak dapat dilaksana. Sebab itu kami usahakan yg terbaik hari ini, agar mampu menjawab bila berdepan dgn ALLAH SWT nanti, inshaALLAH.. “

” Apa yg Sy cuba nak sampaikan : Janganlah p1sahkan anak dgn bapanya, atau anak dgn ibunya. Jagalah sama2, tak rugi apapun. Buang segala eg0 yg bersarang di jiwa. Anak itu milik ALLAH. DIA bagi pinjam je.. kenapa kita nk buat mcm hak kita ???? “

” Baik bur0k bekas pasangan kita, dia tetap ibu / bapa pada anak2 yg telah dilahirkan. Tiada salah seorang, tak lahir anak tu.. “

” Tak banyak kes yg dalam pengetahuan Sy, ibu dip1sahkan dari anak. Tapi anak di p1sahkan dari bapa ramai sangat… Sampai besar tak kasi jumpa.. sampai anak tu takde hati langsung la nk dgn Ayah dia.. sedih melihatnya.. “

” Ada juga yg dah kasi jumpa, tapi mcm saja pulak lari dari tanggungjawab.. mmm ntahlah.. “

” Anak2 juga ada hak ye ibu ayah. Hak utk dijaga & dibelai sebaiknya. Hak utk makan pakai, pendidikan dan sebagainya. Hak utk mendapat kasih sayang dari kedua2nya. Semua tu ALLAH akan tanya. Bersediakah kita utk menjawabnya nanti ? “

” Maaf ye kalau terkait dgn sesiapa. Tapi Sy mohon…. Kalau tak dapat kekalkan hubungan dgn pasangan, anak2 jangan lah dip1sahkan.. “

View this post on Instagram

Hidup penuh TANGGUNGJAWAB 🥰 . Walaupun Mama/ Papa dah berpisah, kena ‘tanggung’ sama2 “AMANAH” yg diberi ini di dunia & ‘jawab’ semua depan ALLAH nanti mana2 yg tak dapat dilaksana. Sebab itu kami usahakan yg terbaik hari ini, agar mampu menjawab bila berdepan dgn ALLAH SWT nanti, inshaALLAH 🥰 . Apa yg Sy cuba nak sampaikan: Janganlah pisahkan anak dgn bapanya, atau anak dgn ibunya. Jagalah sama2, tak rugi apapun. Buang segala ego yg bersarang di jiwa. Anak itu milik ALLAH. DIA bagi pinjam je.. kenapa kita nk buat mcm hak kita???? . Baik buruk bekas pasangan kita, dia tetap ibu/bapa pada anak2 yg telah dilahirkan. Tiada salah seorang, tak lahir anak tu 🙊 . Tak banyak kes yg dalam pengetahuan Sy, ibu dipisahkan dari anak. Tapi anak di pisahkan dari bapa ramai sangat… Sampai besar tak kasi jumpa.. sampai anak tu takde hati langsung la nk dgn Ayah dia.. sedih melihatnya . Ada juga yg dah kasi jumpa, tapi mcm saja pulak lari dari tanggungjawab.. mmm ntahlah . Anak2 juga ada hak ye ibu ayah. Hak utk dijaga & dibelai sebaiknya. Hak utk makan pakai, pendidikan dan sebagainya. Hak utk mendapat kasih sayang dari kedua2nya. Semua tu ALLAH akan tanya. Bersediakah kita utk menjawabnya nanti? . Maaf ye kalau terkait dgn sesiapa. Tapi Sy mohon…. Kalau tak dapat kekalkan hubungan dgn pasangan, anak2 jangan lah dipisahkan….. 😷

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Abby. Antara komen-komen peminat :

” Yg plg beruntung dalam family ni ada lah anak2nya .. x perlu memilih utk tinggal dgn mama atau papa malah dpt merasa lebih kasih sayang dr mummy dan abah… walau berp1sah tp anak2 masih puas merasa kasih sayang kedua mama dan papa.. “

” Contoh terbaik. Tahniah juga untuk pasangan baru masing-masing. Saling mendorong dan penuh kasih sayang.. “

” Klu baik walau dh bercer4i InshaAllah ank juga bgs spt ni. Alhamdulillah.. “

” Betul tu abby tp apa yg jd kat saya tak sama, bks suami tak nak langsung jumpa anak kami, saya merayu pada tlng jumpa anak walau satu kali sebab anak nak sgt jumpa bapa nya tp dia peduli.. “‘

” Sy setuju apa yg abby ckp nie ptt kena ckp biar si polan tue tau, anak dia1bkn buat x tau jer… kesian.. “

Terima kasih Abby atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pasangan yang sudah berp1sah di luar sana. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab terhadap anak walaupun sudah tidak bersama. Yang paling penting, jangan sesekali p1sahkan anak-anak dengan bekas pasangan kita. Mungkin ada yang sent4p dengan perkongsian Abby ini, tetapi haruslah sedar daripada terlambat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..