” BTS datang Times Square k0t, G1ler arr … “

Video Sharifah Shahira telah Menemui Kumpulan BTS di Berjaya Times Square. Ramai Yang Tak Sangka. Bukan Senang Nak Tengok Konsert Free !!!

Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Shiera merupakan model, pelakon, pelawak dan pengacara televisyen di Malaysia. Sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengenalinya, lagi-lagi kini beliau telah menjadi penyampai radio di Suria FM.

Celotehnya selalu menjadi perhatian pendengar dan peminatnya. Pasti ada sahaja unsur humor yang diselitkan. Begitu juga video dan foto yang dikongsikan bersama peminat selalunya mencuit hati dan menghiburkan. Tidak hairanlah ada sahaja videonya  menjadi perhatian di media sosial amnya.

Siapa yang selalu mengikut Shiera di laman Instagram miliknya, tentu sudah mengetahui, anaknya Audra atau mesra dipanggilnya Oddah sangat meminati kumpulan BTS iaitu sebuah kumpulan vokal lelaki dari Korea Selatan.

Sempena hari lahir anaknya itu semalam, Shiera ingin membuat kej0tan kepada anaknya dengan meraikan majlis dengan bertemakan BTS. Sebelum itu dalam entrinya di laman Instagram sehari yang lalu, Shiera telah memuat naik sebuah video.

Video tersebut memaparkan Shiera telah bertemu dengan kumpulan ‘ BTS ‘ di Berjaya Times Square. Pada mulanya, ramai yang beranggapan Shiera telah menemui dengan kumpulan tersebut apabila membaca kapsyen yang ditulis oleh Shiera itu.

Sebaliknya setelah melihat video tersebut, Shiera sekadar bergurau dan menunjukkan tulisan pada pakaian pekerja di Berjaya Times Square yang  kebetulan tertulis BTS di belakanngnya.  Shiera yang sememangnya seorang yang kaki lawak telah berkongsi video tersebut dan ianya sangat menghiburkan.

Di bawah ini adalah sedutan daripada video tersebut :

” Yayyy dah dapat penari penari BTS sempena birthday @cikoddah Onzzzzz#btsgeng.. “

Rata-rata netizen merasa terhibur setelah melihat video tersebut. Ini antara komen-komen mereka :

” Ha ha ha jumpa pun.. tak de show diorg kerja situ.. “

” Hahahaha hamb1k bts.. kelak0r sis ni.. “

” Bts dtg times square kott.. giler ahhh.. “

” Tengok vid nih sampai habis bts babe.. “

” Kan kadang2 tak boleh layan hang punya gil42 but seriusly rindu kat hang.. “

” bts buat part time ke ni.. “

” Hahahahhahaha.. adoiiii, kak 2 m4rah tak cik oddah tengok.. “

” Hahahahaha.. klau mcmni nk dtg umah akak laaa.. bukan senang nk konsert pree.. “

” Laaa i dok tggu laaa igat betoiii pak gaurd BTS jaga depa nak maii.. “

” Lorr ingat sungguh BTS tu maghi, ghopenye BTS cap lain.. “

Ini pula sambutan hari lahir anaknya Oddah yang bertemakan BTS :

Haa.. Korang yang peminat BTS tu jangan lah marah ye, Shiera gurau-gurau sahaja. Video tersebut sebenarnya beliau tujukan untuk anaknya Oddah. Baiklah, kami di Berita Kopak mendoakan Cik Oddah sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

SELAMAT HARI LAHIR ODDAH !!!!

 

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shiera ijoy by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..