” Boleh tanya Edry tu siapa ye ? “

Memey Suhaiza Kongsi Video Dan Gambar-Gambar Sambutan Hari Lahir Norman Hakim Namun Kehadiran Seorang Budak Lelaki Menjadi Tanda Tanya Netizen. Ini Respon Memey Yang Tidak Disangkakan !!

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim merupakan seorang pelakon. Beliau berasal dari Kuantan, Pahang. Norman merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1996.

Norman terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas sejak tahun 2003. Beliau pernah berumah tangga dengan pelakon Abby Abadi dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Pada 24 September 2011, Norman berkahwin buat kali kedua bersama pelakon dan model, Memey Suhaiza. Perkahwinan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha.

Menerusi akaun Instagram, Memey berkongsi video sambutan hari lahir suaminya, Norman Hakim bersama ke semua anak-anak semalam. Sambutan hari lahir ini disambut lebih awal sehari dari tarikh yang sepatutnya iaitu pada 8 Januari.

Tonton video di bawah :

” Coz we u so much papa. Happy advanced Birthday . Tq pada semua yg mendoakan yg baik2 utk suami sy @normanhakim_786..  “

Rata-rata netizen mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Norman dan mend0akan kebahagiaan keluarga ini. Antara komen-komen mereka :

” Keluarga bahagia sehingga ke syurga-nya.amin yra @normanhakim & memeysuhaiza. keluarga sakinah mawaddah warahmah.. “

” Alhamdulillah happy family.. “

” Keluarga terindah, semoga semuanya bakal Ahli2 syurga.. Aamiinnn.. “

” Happy bday norman.. semoga pjg umur di limpahkan rezeki sihat selalu bahagia bersama2 keluarga till jannah… Aamiinn.. “

” Happy Birthday En. @normanhakim_786… “

Namun kehadiran seorang budak lelaki dalam majlis tersebut menjadi tanda tanya netizen. Ini jawapan Memey :

Rupa-rupanya ramai yang masih belum mengenali siapa Edry. Edry merupakan anak kepada suami Abby Abadi sekarang iaitu Muhammad Faizal Zakaria menerusi perkahwinan sebelum ini. Edry seorang yang pemalu dan sopan santun orangnya. Jika anda mengikuti akaun Instagram Abby, pasti anda mengenali anak ini.

Antara gambar-gambar yang dikongsikan :

” Happy advanced birthday papa @normanhakim_786 Yg ke 44… Yess ramai yg teka betul semalam… Ambik anak5 dr sekolah trs bawa jalan2 makan kat area cyberjaya juga utk celebrate birthday papa.. “

” Hari betulnya esok.. Tapi semua anak sekolah .. jadi nya birthday papa esok mummy dating dgn papa jelah. Alhamdulillah.. “

Beruntung Norman kerana anak-anak semua sepakat dan berbaik-baik walaupun berlainan ibu. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 44 kepada Norman Hakim. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..