” Boleh lari ke Che Ta tu.. “

Alif Satar Kongsikan Gambar Bersama Rozita Che Wan Dalam Drama Family Spy, Namun Gaya Kasut Che Ta Jadi Perhatian Netizen. Aduhai Mata Netizen Power Betul !!

Siapa tidak kenal wajah cantik yang sentiasa bergaya ini. Rozita Che Wan atau pun lebih dikenali sebagai Che Ta sememangnya sentiasa menjadi buruan peminat kerana penampilan dan gayanya berfesyen. Memiliki wajah yang jelita dan potongan badan yang cantik membuatkan namanya sering menjadi bualan netizen.

Che Ta merupakan pelakon, pengacara dan juga usahawan yang berjaya. Mula dikenali melalui drama Kiah Pekasam, watak komedi seakan-akan sinonim dengan dirinya. Che Ta yang selalu bertutur dalam loghat Kedah yang pekat selalu buat peminat ketawa.

Umum mengetahui , Che Ta telahpun mendirikan rumahtangga bersama aktor Zain Saidin. Hasil perkahwinan ini memberikan mereka seorang cahayamata diberi nama Aaisyah Dhia Rana. Che Ta juga memiliki dua orang anak dari perkahwinannya terdahulu bernama Ammar dan Aniq.

Menerusi akaun Instagram Alif Satar, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama Rozita Che Wan mempromosikan drama yang bakal bersiaran di saluran astro tidak lama lagi. Namun yang menjadi perhatian adalah gaya dan penampilan Che Ta berkasut tumit tinggi itu. Aduhai warganet pandangan mata kalah spy!!

Jom baca kapsyen di bawah :

” Anak polis, mak spy.. Spy ke bersepai? Always wanted to do a drama that my kids can watch! #FamilySpy coming on @astroceria soon!.. “

 

Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen tersebut. Antara komen-komen netizen :

” Jangan dekat sangatt bah4ya.. “

” Wow! Ghamai dah noo… Bulih jadi “anak Che Ta”! Segak aih mak depa.. “

” Boleh lari ke che ta tu.. “

” Those boots looks heavyyyy.. Can u run with themm? .. “

” Hebat! Mak boleh lari dengan boots ada heels ! Hahahhaah.. “

” Cik ta tu… Polis negara mana duk pakai high heel.. “

” Tediaaa styleeee kalau mak cengginih.. “

” Spy tu gojes gilerr.. “

” Alamat che ta memang tak kejar penjahat la kalau pakai boots camtu.. “

Alahai Che Ta tak pernah tak gojes. Walau ke mana sahaja fesyennya memang akan jadi tarikan peminat. Fesyen pelik tapi benar Che Ta tak pernah tak let0p. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga drama lakonan Alif Satar dan Che Ta akan mendapat tempat di hati penonton.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alif Satar, IG Rozita Che Wan by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..