” Bismillahirrahmanirrahim.. Saya akan menamatkan zaman duda pada 22 Disember 2019.. “
Issey Fazlisham Umum Akan Berkahwin Dengan Seorang Wanita Yang Sudah Lama Dikenali. Tahniah Issey !!
Nama Issey atau pemilik nama sebenar Fazlisham Bin Mat Hussin tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakatnya dalam bidang lakonan, komedi, pengacaraan sangat terserlah dan sangat dikenali ramai. Issey juga antara salah seorang penyampai radio yang sangat menghiburkan.
Issey mula dikenali ramai sejak menyertai rancangan Bintang Mencari Bintang terbitan TV3. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini bergabung dengan Ammar membentuk kumpulan Titan dan pernah bekerjasama dengan Ain Edruce dalam Muzikal Lawak Superstar dengan nama Titans.
Untuk pengetahuan, penyampai radio Suria FM ini seorang duda. Difahamkan Issey telah bercer4i dengan bekas isterinya, Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid tiga tahun yang lalu dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sebelum ini Issey pernah meluahkan ingin memiliki anak sendiri.
Menerusi akaun Instagram, Issey telah memuatnaik satu rakaman video mengumumkan berita gembira akan mengakhiri zaman dudanya pada 22 Disember 2019 di Kelantan dengan seorang kenalan yang sudah lama kenal dari zaman sekolah. Wanita berkenaan adalah seorang janda kemat1an suami 2 tahun yang lalu dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.
Jon tonton video Issey di bawah :
” Mohon doa daripada semua agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih #gengissey.. “
Rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada Issey atas pengumuman berita gembira ini. Antara komen-komen mereka :
” Yang hari tu ke issey ??? Yayyyy!!! Tahniah la abe !!! “
” SEYYYYYY!!!!! Bestnya nak kawin lagi!!! Hehehe congratsss seyyyy semoga dipermudahkan semua !! “
” Tahniah sey.. semoga dipermudahkan segala urusan.. aaminn.. “
” Tahniah sey. Moga urusan Dipermudahkan oleh Nya. Amin.. “
” Tahniah isey… aimi tu jiran saya… ckup knl dgn arw4h suami n aimi.. “
” Alhamdulillah @isseyfazlisham. Moga segalanya berjalan seperti yg dirancang. Barakallah.. “
” Alhamdulillah & tahniah @isseyfazlisham …. jgn lupa jemput ye.. “
” Alhamdulillah, Tahniah tuk isey n psgan. Smoga smuanya brjln lancar sprti yg drencanakn, Aamiin2.. “
Alahai senyap-senyap je Issey ni kan. Tiba-tiba je bagitahu nak kahwin. Haa macam ni lah bagus kan. Apa-apa pun tahniah Issey, selamat menjalani kehidupan berumahtangga semula dan semoga dikurniakan rumahtangga yang Sakinah Mawaddah waRahmah. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Issey Fadzlisham by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..