” Bila tengok je mata automatik nangis.. “

Gug0rnya Air Mata Dato Seri Eizlan Yusof Apabila Dic1um Ibunda Tercinta Di Majlis Persandingannya. Terasa Sayu Di Hati !!

Diberi nama Idris Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Eizlan Yusof, bintang seni ini mula dikenali menerusi filem Kad Cinta. Beliau mendapat pengiktirafan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ Seri Eizlan Yusof. Dilahirkan pada tanggal 14 Julai 1971 di Kuala Lumpur.

Selain aktif sebagai pelakon, Dato Seri Eizlan juga berperanan sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit. Pernah melalui keg4galan di dalam perkahwinan terdahulu bersama Datin Vie Shantie Harun, beliau dikurniakan tiga orang cahayamata bernama Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Setelah hampir 5 tahun menduda, Dato Seri Eizlan akhirnya memilih seorang wanita berketurunan Serani bernama Natasha Rosa Boudville sebagai pasangan hidupnya. Pernikahan yang gah dan mewah telahpun dilangsungkan pada 12 Disember 2019 yang lalu dan dihadiri oleh ramai jemputan khas termasuk ibu dan kesemua anak-anaknya.

Menerusi akaun Instagram, Jasmin Hamid yang mana turut hadir di majlis sahabat baiknya itu telah memuatnaik video Dato’ Seri Eizlan dilihat memeluk ibunya lantas airmata nya jat0h berder4i lalu disapu manja oleh ibunya itu. Suasana pilu menyelubungi seluruh isi dewan.

Jom kia saksikan video tersebut:

” Gug0r juga airmata Jantan sahabat saya DS @eizlanyusof bila dic1um oleh Pintu Syurga di malam persandingan beliau dan di perhatikan oleh isterinya yang juga turut terharu, DS Natasha .. Saya dan para tetamu juga terharu bila tengok moment macam tu.. ” 

Rata-rata peminat nyata turut sama terkesan dan sedih dengan video tersebut. Antara komen-komen peminat :

” Restu dan doa kasih ibu adalah segalanya keberkatan jalan kebahagiaan.. Insya Allah.. Aamiin.. “

” Semoga Dato dan isteri bahagia hingga ke jannah.. “

” Bila tengok je mata automatik nangis.. “

” Semoga bahagia …. Kasih seorang ibu.. “

” Semua orang akan rasa saat tu nanti.. Saat tu kita semua akan merasa yang diri kita bukan hak milik keluarga dan diri kita dah jadi hak milik orang.. “

” Saya pun terharu… Alhamdulillah ibunda DS dapat melihat anakanda bersanding lagi… Semoga ibunda sentiasa di rahmati Allah.. “

” Sesungguhnya restu Ibu adalah hadiah yg paling tinggi nilainya.. “

” Memang auto tuu, tak tahu kenape.. Bila kena ci0m dengan mak ayah yang dah berumur mesti menitik air mata.. “

Kesedihan yang pastinya turut dirasai oleh seluruh isi dewan. Betapa kuasa seorang bergelar ibu mampu menitiskan airmata seorang anak. Walau sekeras mana pun, sejauh mana pun kasih ibu tetap tidak ada tolak bandingnya. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru buat Dato Seri Eizlan dan semoga ikatan ini berkekalan hingga ke jannah.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jasmin Hamid, Dato Seri Eizlan Yusof by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..