” Bila seluar kena sedut, member tolong tarik kan…!!! “

Video Ali Puteh Membetulkan Seluar Black Yang Tersepit Menggeletek Hati Netizen. Adoi, Kelakar Habis !!

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh ialah seorang pelawak dan juga pelakon. Beliau merupakan adik kepada pelawak terkenal iaitu Abam Bocey. Ali adalah anggota kumpulan Puteh bersama dengan rakannya, Mamak.

Mereka menjadi naib juara dalam Projek Komedi Warna pada tahun 2015. Seterusnya, mereka menyertai Maharaja Lawak Mega pada tahun 2016 dan berjaya mara ke final. Akhirnya, kumpulan Puteh berjaya mendapat tempat ketiga.

Ali berkahwin dengan Melati Fitri Abdullah dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Namun baru-baru ini, anak kedua mereka yang berusia tiga bulan men1nggal dunia kerana mas4lah 1njap jantung terbalik sejak lahir lagi.

Menerusi akaun Instagram, Ali berkongsi satu video di mana beliau bermain bola sepak bersama-sama dengan Yassin dan Black Hanifah. Apa menarik ialah beliau membetulkan seluar Black yang tersepit. Adoi, kelakar sungguh la. Kawan yang prihatin ni.

Tonton video di bawah :

” Bile seluar sedut member tolong tarik kan…!!! Unitycharity football mbi selangor.. @masc2012  @black.hanifah  @yassinyahya “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka. Antara komen-komen netizen :

” Tolong menolong amalan baik.. “

” Pandai kem0t la yekkk.. “

” Abg ali, meh main ngn kaki bola..minat abg ali ngn mamak.. “

” Hahahahaha.. “

Adoi, kelakar sangat. Sememangnya Ali seorang kawan yang begitu prihatin kerana semestinya Black tidak sedar bahawa seluarnya tersepit. Malu-malu Black apabila sedar seluarnya dibetulkan. Apa pun, semoga Ali Puteh terus berjaya dalam industri hiburan tanah air.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ali Puteh by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..