” Bila Pak Azad begitu menjiwai watak antag0nis filem terbarunya, adik bongsu I pulak jadi mangs4 trainingnya.. ” – Eira Syazira

Kepada yang mengikuti akaun instagram pelakon Azad Jazmin atau dikenali dengan nama Pak Azad dan isterinya pelakon dan penyanyi Eira Syazira mesti anda selalu melayan video-video kelakar dan sweet pasangan ini.

Pak Azad ni buat video tak sah tak kelakar. Ada je idea dia nak bagi orang gelak. Memang tak kering gusi kalau menonton aksinya yang kuat mengusik dan bergurau sama ada dengan isterinya, anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.

Yang terbaru, menerusi akaun Instagram Eira berkongsi video suaminya sedang menyakat adiknya yang dikenali dengan nama Syainieaida. Menurut Eira, Pak Azad dapat watak antag0nis untuk filem terbarunya.

Pak Azad cuba menjiwai watak itu dengan menjadikan Syainie sebagai ‘mangs4nya’. Menerusi video berkenaan, Pak Azad menarik rambut Syainie dan akhirnya Syainie pula yang menarik rambut Pak Azad.

Seperti biasa, Eira tidak dapat menahan gelak menyaksikan aksi suaminya itu. Ketawa Eira memeriahkan lagi suasana.

Jom tonton video di bawah :

” Seperti biasa Pak Azad menyakat adik ipaq dia @syainieaida.Β Nasib adik la sayang dpt abg ipaq ding dong .. ”

” Bila Pak @azadsyazirarose begitu method menjiwai watak antagonist filem terbarunya. Masalahnya adik bongsu I pulak yg jd mangsa training nya “

” Part 2.. “

View this post on Instagram

Part 2 🀣🀣🀣

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on

Namun begitu Eira telah menutup ruang komen bagi 2 posting di atas. Tidak dapat dipastikan sebab apa. Semoga Pak Azad dan Eira terus berjaya dalam karier.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eira Syazira by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..