” Bila masa aku ambil gambar dengan Shah Rukh Khan.. “

Sharifah Shahirah Kongsi Gambar Bersama Suaminya, Ijoy Azhari Waktu Muda. Handsome Weh Ijoy, Macam Kembar Shah Rukh Khan. Sebijik Serupa !!!

Siapa tidak kenal penyampai radio Suria FM yang ceria dan penuh lawak jenaka, Shiera. Beliau atau nama penuhnya Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dilahirkan pada 14 Oktober 1974 di Kuala Lumpur. Menggunakan nama Shiera sebagai nama komersilnya, beliau mula mencipta nama sejak tahun 1993 lagi.

Shiera telahpun mendirikan rumahtangga bersama aktor kacak Zulkifli Azahari ataupun lebih dikenali sebagai Ijoy Azhari. Pasangan ini yang mula rapat setelah membintangi siri komedi Mat Despatch akhirnya memilih untuk menjadi suami isteri yang sah pada tahun 2003.

Perkahwinan ini memberikan mereka 4 orang cahayamata yang digelar Airel, Airra, Audra dan Adeena. Terdahulu, Shiera pernah menjadi isteri kepada vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt namun jodoh mereka tidak panjang dan mereka dianugerahkan seorang anak bernama Alisya.

Menerusi akaun Instagram, Shiera telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama suaminya Ijoy Azhari ketika zaman muda remaja. Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Shiera yang melucukan apabila mengatakan dirinya bergambar dengan Shah Rukh Khan. Tapi memang nampak hampir dengan gaya rambut Ijoy ketika itu.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Selak selak gambo lama … Bila masa aku ambil gambar dengan shah rukh khan.. “

” Ke aku gi Bangladesh dulu? Lupa laaa. Pelakon hindustan kan?
Ke aku stewardess dulu? Apooo tetiba.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Hahaha kakak memang sangat menghiburkan.. “

” Hahaha… Betul tu… Macam Shah Rukh Khan.. “

” Muka sama lah, baru perasan.. Ke saya tertinggal bas… “

” Suka tengok akak dan abang blakon sama masa ni. Jadi idola sampai ke sekarang sebab sempoi sangat.. “

” Betul la… Ada iras Shah Rukh Khan.. “

” Betul la macam Shah Rukh Khan, rambut lebat.. “

Handsome bergaya Ijoy masa muda remaja dulu memang tidak dinafikan lagi. Jadi kegil4an peminat wanita satu Malaysia tu. Walaupun dah bertambah usia wajahnya tetap lagi mantain kacak gitu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Shiera berbahagia selalu disamping suami dan anak tersayang.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera Al-Khaired by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..