” Bila mai masuk air, kau apa pun boleh Bell, lu memang gil4 laaa !!! “

Gelagat Bell Ngasri Jadi ‘DJ Pasaraya’ Mengeletek Hati Peminat. Syafie Naswip Pun Sampai Gelak Terhinjut-hinjut Bahu. Memang Kelakar Habis !

Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal @ Ngasrizal Ngasri merupakan pelakon dan pelawak tanah air.  Beliau juga merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain. Bell seorang pelawak yang bijak mencetuskan suasana gamat.

Umum juga mengetahui bahawa semua adik-beradik Bell turut terlibat dengan industri hiburan sejak kecil lagi. Bell merupakan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri. Tetapi mereka sudah kurang aktif dalam industri seni berbanding Bell. Bakat Bell dalam dunia seni sentiasa menjadi perbualan ramai.

Selain daripada berlakon dalam drama, Bell juga pernah menyertai pertandingan Super Spontan, membuat parodi di Melet0p dan banyak lagi. Walaupun usianya hampir menginjak 40 tahun namun Bell sentiasa nampak awet muda. Apa rahsianya ye sentiasa kelihatan remaja.

Menerusi akaun Instagram, Bell berkongsi video beliau sedang cuba menjadi DJ. Kononnya sebagai DJ pusat pakaian atau pun pasaraya. Bell memasang lagu raya di telefon bimbitnya dan menggunakan walkie talkies van sebagai pembesar suara. Syafie Naswip yang pada ketika itu ada di luar van juga tak boleh menahan ketawa.

Untuk pengetahuan Bell ketika itu sedang menjalani penggambaran drama van jenazah di samping selebriti lain. Kazar Saisi turut memuatnaik aksi lucu Bell di akaun media sosialnya. Serius kelakar lah Bell !!

Tonton video di bawah :

” Walaupun Raya dah habis tapi kemeriahan tersebut masih terasa. Yang sebelah @syafienaswip tak yah suka sgt “

Rata-rata peminat dan rakan artis menyifatkan aksi Bell sebagai sesuatu yang lucu. Antara komen – komen mereka :

” All the best Bell ! Kau tetap pelakon / pelawak nombor 1 dihatiku.. heheheh.. keep on doing great work ! “

” Siapa sini ulang-ulang tgk sama mcm aku… Si0t la Bell ni ! “

” Terbaik. Sama dengan suara jurujual Kat pasaraya. Raya tahun dpn boleh la amik job depa no… “

” Rasa macam g jakel plak… Hahaha “

” Macam bunyi van yang promote pasaraya baru. ‘ Mari Mari tuan tuan Dan puan puan datanglah beramai ramai ke pasaraya econsave terbaru kami’ “

” Bell lu mmg gil4 laaaa. Cam Mana mat naswip tu Tak tergelak. Nanti Saya wat kenduri Bell datang jd dj ya. Tapi jgn cas mahal2 “

” Hahaha… Bila mai masuk air. Kau apa pun boleh “

Bell kalau buat lawak tak pernah tak jadi. Pelakon serba boleh sangat Bell ni. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Bell. Teruskan memeriahkan industri tanah air kita.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..