” Bila kamu sudah besar nanti, jangan lupa bahawa pada hari ini ramai yang telah membantu dalam proses rawatan kamu.. “

Nukilan Bapa Adik Ainul Mardhiah Buat Ramai Yang Sebak Dan Tersentuh Hati !!

Ramai sedia maklum dan mengikuti kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap k4nser ‘Germ Cell Tum0r’. Untuk pengetahuan, Ainul Mardhiah yang berusia sembilan bulan merupakan anak pasangan Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani.

Pada awal bulan Jun yang lalu, setelah lebih 5 jam bertarung nyaw4 di dalam bilik pembed4han di sebuah hospital di London, Alhamdulillah adik Ainul telah selamat dibed4h. Tum0r yang seberat 200 gram telah berjaya dibuang.

Perkara ini telah dikongsikan oleh doktor bed4h Malaysia, Dr. Amalina Bakri yang turut sama terlibat dengan pembed4han itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Sejurus selepas pembed4han, ramai yang ingin mengetahui maklumat dan progres terkini mengenai adik Ainul. Ibu dan bapa adik Ainul iaitu Nurul Erwani dan Ahmad Safiuddin berkongsi beberapa gambar dan video Adik Ainul di akaun instagram mereka.

Alhamdulillah kita mendapat berita gembira, adik Ainul kini sudah pandai belajar meniarap dan perkembangan kesihatannya sangat positif. Syukur, adik Ainul sangat kuat orangnya dan Allah telah permudahkan semua urusan.

Menerusi akaun Instagram, bapa adik Ainul memuatnaik sebuah nukilan khas untuk anak perempuan kesayangannya ini. Nukilan ini membuatkan ramai yang sebak dan rasa terharu, luahan dan kasih sayang seorang bapa.

Baca perkongsian di bawah :

” Membesar dengan baik, Anak. Walid dan mama akan buat apa sahaja untuk segala kebaikanmu walaupun harus melalui pelbagai cabaran dan rintangan.. “

” Apa yang walid dan mama mahu adalah melihat kamu membesar dengan normal seperti bayi atau kanak-kanak yang lain.. “

” Bila kamu sudah besar nanti, jangan lupa bahawa pada hari ini ramai yang telah membantu dalam proses rawatan kamu. Kamu telah disayangi dan didoakan oleh ramai orang.. “

” Mereka tidak pernah mengenali kamu apatah lagi menyentuhmu, tapi dengan sifat keprihatinan dan kasihan mereka terhadap kamu, mereka lakukannya dengan sukarela.. “

” Anak, bila sudah besar nanti, beri lah manfaat kepada orang lain. Bantu orang yang memerlukan seperti mana orang membantu kamu ketika ini.. “

” Sayang semua orang, ucap baik baik kepada semua orang dan fikir yang baik baik kepada semua orang. Love, Walid, London, 5 July 2019.. “

View this post on Instagram

Membesar dengan baik, Anak. . Walid dan mama akan buat apa sahaja untuk segala kebaikanmu walaupun harus melalui pelbagai cabaran dan rintangan. . Apa yang walid dan mama mahu adalah melihat kamu membesar dengan normal seperti bayi atau kanak-kanak yang lain. . Bila kamu sudah besar nanti, jangan lupa bahawa pada hari ini ramai yang telah membantu dalam proses rawatan kamu. Kamu telah disayangi dan didoakan oleh ramai orang. . Mereka tidak pernah mengenali kamu apatah lagi menyentuhmu, tapi dengan sifat keprihatinan dan kasihan mereka terhadap kamu, mereka lakukannya dengan sukarela. . Anak, bila sudah besar nanti, beri lah manfaat kepada orang lain. Bantu orang yang memerlukan seperti mana orang membantu kamu ketika ini. . Sayang semua orang, ucap baik baik kepada semua orang dan fikir yang baik baik kepada semua orang. . Love, Walid London, 5 July 2019

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Rata-rata netizen sebak dan terharu dengan perkongsian bapa Ainul ini. Antara komen-komen netizen :

” Aamiin… Moga anakanda ainul menjadi anak penyejuk hati walid & mama… Menjadi kebanggaan kami seluruh rakyat Malaysia… Menjadi penanda aras penyatuan seluruh agama & bangsa… Bonda syg ainul.. “

” Ainul mardhiah, sentiasa dlm doa aunty..aunty pohon selalu pd Allah, berikan kesembuhan dan keajaiban padamu syg.. u r real f1ghter my angel.. “

” Alhamdulliah.. comelnya anak.. Sayu hati baca.. tp mmg ramai yg sayang ank ini.. love u ank.. “

” Amin … moga2 impian walid dan mama termakbul suatu hari dan ketika nnti. Moga2 Ainul dikurniakan kesihatan sempurna sebagaimana harapan dan doa semua. Amin.. “

” Aamiinnn.. semuga Ainul mardhiah membesar dengan sehat.. dpermudah setiap langkah dunia akhirat nye.. menjadi anak yg taat.. solehah serta yang baik baiiikk saja untuk mu nak.. terus sehat ya nak… kuatkan semangat.. Aamiinnn.. “

” Tak sedar meleleh air mata.. ameen… doa seorang ayah.. “

” Adoii tersentuh, sayang ainul mardiah.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Adik Ainul diberi kesihatan yang baik, membesar seperti anak-anak yang lain, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat. Sama-sama kita doakan. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani, Dr Amalina Bakri by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..