” Bila kak Amy duduk situ terus nampak muda remaja.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Bersama Kumpulan Defam. Penampilan Amy Mastura Yang Sentiasa Nampak Muda Cur1 Tumpuan Ramai. Wah, Nampak Sebaya Jer !!

Siapa tidak kenal dengan penyanyi kecil molek iaitu Amy Mastura. Walaupun usianya sudah lewat 40 tahun namun tetap cantik seperti dahulu malah wajahnya tidak dimakan dek usia. Masih nampak muda remaja seperti di awal kemunculannya dalam karier seni.

Amy sudah lebih 20 tahun dalam dunia hiburan tanah air masih lagi popular dan aktif sehingga kini. Beliau juga turut menceburi bidang lakonan dan banyak menghiasi drama-drama di kaca TV.  Amy mempunyai personaliti yang sentiasa ceria dan gemar berjenaka serta mudah mesra dengan sesiapa.

Meninjau ke laman Instagram Amy, beliau sering mengemaskini mengenai aktiviti harian, kerjaya dan keluarganya. Amy telah berkahwin dengan Alvin Tham Suffian dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang kini sudah meningkat remaja.

Menerusi akaun Instagram, Amy telah memuatnaik gambarnya bersama kumpulan Defam. Menurut Amy, beliau amat meminati kumpulan ini dan penampilan Amy ketika bergambar bersama mereka telah mencur1 perhatian ramai. Wah, nampak macam sebaya sahaja.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen kagum dengan Amy yang sentiasa nampak muda remaja. Antara komen-komen mereka :

” Bile kak amy duduk situ terus nmpk muda remaja.. sebaya aje semua .. “

” Baju hijau muda is the youngest… Akak nampak muda remaja .. “

” Mcm sebaya je semuanyaa.. “

” Awwww kak amyyy! L0veee youuu .. “

Ehh mana boleh minat peminat… “

” Wow, sebaya.. “

Erm, apakah rahsia Amy yang sentiasa kekal awet muda. Tidak nampak langsung perubahan wajah Amy sewaktu muda sehingga kini. Semoga Amy Mastura terus sukses dalam bidang seni dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Ceria-ceria selalu !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amy Mastura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..