” Bila daddy cakap Tamil saja Suri jadi hyper jadi mar4h why baby why sooollerr appa kit ter.. “

Video Pak Azad Bercakap Bahasa Tamil Dengan Anak Bongsunya, Suri Buat Ramai Terhibur. Ad0i, Kelakar Ter0k. Anak Pun Sama Melayan !!

Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti yang sering membuat para peminatnya tidak kering gusi apabila melihat gelagat mereka iaitu Azad Jasmin dan Eira Syazira. Pasangan ini terkenal dengan perangai mereka yang serasi dan gil4-gil4.

Mereka sering berkongsi video mereka yang menghiburkan netizen. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti diselitkan unsur-unsur kelakar yang menggeletek hati netizen. Kini, keluarga ini mempunyai siaran mereka sendiri di saluran YouTube yang pasti menghiburkan hati.

Azad dan Eira telah berkahwin pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan. Anak-anak mereka ialah Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose. Azad dan keluarganya pernah menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family !.

Menerusi akaun Instagram, Azad berkongsi videonya bersama anak bongsunya, Areisya Suri Rose. Dalam video tersebut, Azad bercakap dalam bahasa Tamil dengan anaknya. Namun apa yang menarik ialah Suri seolah-olah faham dan boleh membalas percakapan tersebut.

Jom tonton video di bawah :

” Beginilah Kalau saya balik sho0ting bini ku pulak keluaq pe sho0ting… hehehe Suri oh suri bila cakap BM diam.. bila daddy cakap Tamil saja suri jadi hyper jadi mar4h why baby why sooollerr appa kit ter… heheheh time with my youngest girlfriend Areisya Suri Rose.. “

Rata-rata netizen terhibur apabila mendengar Pak Azad bercakap dalam bahasa Tamil. Antara komen-komen mereka :

” Suka tgk Azad berborak bahasa tamil ngan anak2.. More video plisss.. “

” 10 kali tgk vdeo ni dok gelak sorg2.. “

” Terhibur tgk pak dan anak.. “

” Lagi suka tgk pak Azad ckp tamil ngan famili.. Bykkan video tamil.. “

” Anak beranak kelakar.. “

” Kelakar ter0k la.. Anak pun sm melayan.. “

” Tu mesti biasa dgr papa dia ckp bhs tamil.. Tu dia bls blk bhs tamil.. Suri so cute.. “

Wah, seronok pula tengok Azad bercakap bahasa Tamil dengan anaknya. Pak Azad kalau tak kelakar memang tidak sah. Pada yang selalu mengikuti kisah keluarga ini pasti seronok melihat kemeriahan dan keriuhan keluarga ini. Semoga keluarga Azad sentiasa berbahagia selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Pak Azad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..