” Bila cinta tak bertepuk sebelah tangan. Serius ke ni ? “

Kapsyen Han Byul Dalam Posting Terbarunya Buat Ramai Tertanya-Tanya. Respon Sherry Al-Hadad Pula Bersemut Habis. Wah, Sesuatu Sangat !!

Han Byul merupakan artis daripada Korea Selatan yang pernah menyertai rancangan realiti Big Stage 2019. Han Byul merupakan salah seorang peserta yang sering menjadi perhatian ramai ketika rancangan tersebut sehingga beliau telah dinobatkan sebagai juara.

Sejak berakhirnya rancangan tersebut, Han Byul dilihat masih rapat dengan Sherry Al-Hadad yang merupakan pengacara dalam rancangan tersebut. Sherry yang dikenali sebagai selebriti yang mencuitkan hati, sering mengusik Han Byul ketika beliau mengacarakan rancangan itu.

Sherry suka mengusik Han Byul dengan menyatakan Han Byul merupakan teman lelakinya dan disambut oleh Han Byul dengan gelagat yang menghiburkan. Mereka juga turut dilihat sering bertemu di luar dan sering berbalas posting di Instagram masing-masing.

Menerusi akaun Instagram, Han Byul berkongsi gambarnya membaca majalah di mana Sherry Al-Hadad menjadi cover majalah tersebut. Dengan kapsyen Han Byul yang melambangkan icon seperti sedang bercinta buat ramai netizen tertanya-tanya. Tambahan pula, respon Sherry yang begitu sweet sangat.

View this post on Instagram

👩‍❤️‍💋‍👨

A post shared by HANBYUL (@onestarbyul) on

Rata-rata netizen gembira jika mereka betul-betul sedang bercinta. Antara komen-komen netizen :

” Awww so manis lah both of you!! “

” So cute hanbyul… jodor.. “

” It is JODOHHHH babe !!! J O D O H .. “

” Wow pasangan sweet.. “

” Shoooo sweeetttt la dia.. “

” Mesti comel kalau btl2 bjodoh.. “

” Bila cinta tak bertepuk sebelah tangan. Serius ke ni ? “

Ini pula respon Sherry terhadap Han Byul :

Sherry juga turut berkongsi gambar yang sama di posting terbaharu akaun Instagramnya. Adakah ini petanda sesuatu yang mereka sedang bercinta ? Kalau dah jodoh apa salahnya kan ? Mereka pun nampak serasi bersama je. Agiteww !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sherry Alhadad, Han Byul by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..