” Bila Aafiyah cheeky tak nak ikut arahan.. ” – Dato’ Siti Nurhaliza
Video Gelagat Siti Aafiyah Ketika Penggambaran Muzik Video Dato’ Siti Nurhaliza Buat Ramai Terhibur. Amboi Boleh Pulak Aafiyah Berdiri Kaku Dan Gelakkan Ibunya, Kelakar Aafiyah !!
Diberi gelaran Si Pipi Merah ketika baru lahir, nama Siti Aafiyah tidak perlu diperkenalkan lagi. Anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya usahawan berjaya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa bukan sahaja comel, tetapi bijak orangnya.
Walaupun Dato’ Siti tidak mewujudkan akaun Instagram khas untuk Aafiyah, namun gambar-gambar dan video-video gelagat Aafiyah sering dikongsikan oleh Dato’ Siti di akaun Instagram miliknya. Selain itu, terdapat beberapa akaun yang diwujudkan oleh peminat-peminat Aafiyah.
Malah pengasuh khas Aafiyah yang bernama Dayah Zubit juga turut berkongsi video-video Aafiyah di akaun Intagramnya. Ada beberapa video Dayah mengajar Aafiyah mengira, membaca ABC dan juga mengaji. Walaupun masih kecil, tetapi Aafiyah seorang yang ‘cepat tangkap’.
Hasil tinjauan terbaru kami di akaun Instagram, Dato’ Siti telah berkongsi video gelagat Aafiyah ketika rakaman muzik video lagu Kuasa Cintamu. Boleh pula Aafiyah hanya berdiri kaku dan gelakkan ibunya. Alahai Aafiyah, comel sangat, habis semua orang gelak. Hehehe.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Aafiyah yang comel itu meraih perhatian ramai. Antara komen-komen peminat dan juga rakan selebriti :
” Maknanya ibunya pun macam tu masa kecik la kan ? ” – Faizal Tahir
” Penat kakak jer1t dia boleh slow mo hahahahahha.. ” – Dayah Zubit
” Hahhahahaa. Macam aafiyah masuk sukaneka pulak rasenye.. “
” Aafiyahhhh eee cheeky betul eh saja je dia tuuu.. Ee comel laa aafiyah.. “
” Tak sabar tunggu MV lagu ni.. sgt memberi makna kehidupan sbg seorg ibu.. “
” Omgggg canāt wait kuasa cintamu officiall mv. Comelnyaaa aafiyahhh.. “
” Pandai aafiyah bgurau. Cub1t kangg. Hahahaha comey Aafiyah.. dia terkej0t smua duk jer1t.. hahaha.. “
Alahai Aafiyah ni, tek pernah lah tak comel kan. Ada sahaja perbuatan dia yang mencuit hati dan buat ramai yang terhibur. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, taat kepada suruhan Allah, Rasulullah, agama dan juga ibu bapa. Aminnn..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..