” Biasalaahh Isnin, buffering lama. Nasib baik tak hang.. “
Hanis Zalikha Kongsikan Video Anaknya Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah Bermain, Namun Reaksi Blur Alisa Buat Peminat Geli Hati. Lambat Loading Ye Alisa Sayang !!
Siapa tidak kenal si cilik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Anak kepada pasangan romantis Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini sentiasa menghiburkan dan membuatkan netizen cair dengan telatah dan aksi comel mereka. Yusuf yang kini sudahpun berusia 3 tahun disifatkan netizen seorang abang yang penyayang kepada adiknya itu.
Seringkali ditontonkan di laman sosial Hanis, gelagat Yusuf yang protective menjaga adiknya tak ubah seperti ayahnya Hairul. Manakala Alisa pula sudahpun memasuki usia 7 bulan. Bayi kecil ini sudahpun mempunyai seramai 746 ribu pengikut. Alisa memiliki kecantikan yang kelihatan mirip seperti ibunya.
Hanis sering berkongsikan video telatah anak-anaknya ini untuk tontonan peminat dan keakraban dua beradik ini sentiasa menjadi perhatian netizen. Apa sahaj posting berkenaan Yusuf dan Alisa pasti akan mendapat ‘like’ dan ‘view yang tinggi hingga mencecah jutaan like. Hebat betul aura Yusuf dan Alisa ini.
Menerusi akaun Instagram, Hanis Zalikha telah berkongsikan satu video di mana anak-anaknya Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sedang asyik bermain. Yang melucukan adalah lagak blur Alisa yang comel namun akhirnya diakhiri dengan gelak tawa buatkan sesiapa sahaja ger4m melihatnya.
Jom tonton video di bawah :
” Selamat hari Isnin! Nanti dalam meeting jangan loading lama sangat ok macam @thealisaaisyah.. “
Rata-rata netizen terhibur melihat telatah dua beradik ini. Antara komen-komen netizen :
” Biasalaahh senin.. Buffering lama… Nasib baik tak hang.. “
” Monday blues tu sebab tu loading.. “
” Kenapa comel sangat ni sayanggg.. “
” Eeeee muka dia tu, comel sangat la.. “
” Hahahaa same lah kite Alisa! Pagi-pagi nie blank siket.. “
” Lama nak tunggu reaction dia.. “
” Bagus abang tolong Alisa pressed colour orange.. Good boy.. “
Comel je abang dan adik ni bermain. Dengan muka blur Alisa tu lagi buat orang suka melihat. Comel yang teramat sangat. Biarpun reaksinya lambat tetapi tetap comel. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Alisa akan menbesar dengan sihat dan menjadi bijak seperti abangnya Yusuf.. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..