” Biar betik muka Abam secomel cenggini masa kecil.. “

Ali Puteh Kongsi Gambar Abangya, Abam Bocey Semasa Kecil Mengej0tkan Netizen. Rupanya Ramai Lagi Yang Tidak Tahu Mereka Adik-Beradik. Tetapi Abam Comel Sangat !!

Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad Bocey dan Achey Bocey. Abam merupakan abang kepada Ali Puteh yang turut merupakan seorang pelawak.

Abam banyak membintangi drama pada tahun 2017, antaranya Mak Cun Musim ke 3, S4ka Sister, Oh My Pondok dan Toyol Ke London. Antara filem lakonan Abam pula ialah Suatu Malam Kub0r Berasap, Kawan Aku M4ti Dalam Rumah Sewa dan H4ntu Bungkus Ikat Tepi.

Abam telah berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada tahun 2017. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang dilahirkan pada Jun 2019. Kehadiran cahaya mata menambahkan lagi keceriaan Abam dan isteri.

Menerusi akaun Instagram, Ali berkongsi gambarnya semasa kecil bersama abangnya, Abam Bocey. Menurut Ali, gambar ini dikongsi kerana ramai tidak percaya bahawa mereka adalah adik-beradik. Gambar pada tahun 2004 ini menarik perhatian netizen kerana kecomelan Abam.

” Trowback sikit lagi… ramai org tanya betul ke adik beradik dengan abam… betul !! Ni gambar mase kitorang kecik2 dulu.. kalau x slh 2004.. “

Rata-rata netizen memuji kecomelan Abam. Ada juga yang baru tahu bahawa mereka adik-beradik dan ada juga yang masih tidak percaya. Antara komen-komen netizen :

” T1pu.. kata gambar time kecik2.. x kecik pun.. “

” Muke Abam comel.. “

”  Biar betik muka @abam_bocik Se comel cegini masa kecil alahai tapi muka Abg Ali jambu tu…………. “

” Mybe Abam trlebih comei dr awak tu yg org xbrape nk caye… tp sy suke komedi awak berdua.. terbaikk…! “

” Lahhh 2 bradik ke dng Abam.. baru tahu mlm ni heheheh.. “

” Yg ni baru nampak iras sikit adik beradik. sebab muka abam tak bulat sangat. Mungkin abam kena kurangkan berat lagi ataupun mungkin juga @aliputeh89 kena bulatkan badan.. “

” Cam tak caye adik beradik.. “

Mungkin kerana wajah Ali dan Abam tidak nampak seiras menyebabkan ramai tidak percaya bahawa mereka adalah adik-beradik. Atau mungkin juga kerana saiz badan yang berbeza antara mereka. Walaupun begitu, Abam tidak banyak berubah sejak dari kecil. Tetap maintain comel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ali Puteh by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..