” Betul punya lawak, saya gelak part last tu.. “

Video Mark Adam Memberi ‘Pickup Line’ Kepada Isterinya Sehingga Terceng4ng Dibuatnya Menghiburkan Netizen. Paling Win Komen Balas Daripada Jihan Muse. Kelakar Habis !!

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah merupakan penyanyi, pelawak dan pelakon Filipina yang bermastautin di Malaysia. Mark dilahirkan di Cebu, Filipina. Beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.

Mark telah bernikah dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia. Azah juga merupakan pengurus beliau sejak tahun 2003. Mark telah memeluk agama Islam dan sudah lebih 12 tahun menetap di negara ini. Oleh sebab itu, Mark sudah mendapat taraf penduduk tetap di Malaysia.

Mark juga merupakan seorang guru vokal di Petaling Jaya, Selangor. Selain daripada menyanyi dan berlakon, Mark juga sering dijemput menjadi juri untuk program-program realiti seperti Bintang Bersama Bintang pada tahun 2019 bersama Saiful Apek.

Menerusi akaun Instagram, Mark memuat naik satu video yang dipetik dari program Trek Selebriti. Mark dan isterinya menjadi artis jemputan dalam program tersebut. Apa yang menarik, Mark sempat lagi membuat pickup line.

Apabila isterinya mengatakan bahawa Mark tidak suka keluar rumah namun respon yang diberikan oleh Mark membuatkan isterinya tercengang.

Tonton video di bawah :

” Syurga kat mana? Kadang boleh berpeluh kalau suami salah jawab soalan isteri, macam duduk dalam exam woah.  Korang jangan lupa layan Trek Selebriti bersama @markadam1079 dan hos @aliffarhan_jr  SETIAP SABTU| 9.30 PM | ASTRO RIA “

Rata – rata peminat terhibur dengan pickup line yang dilakukan oleh Mark Adam. Antara komen-komen mereka :

” Saya suka keluar rumah tapi isteri tak bagi.. Haha.. I feel u.. “

” Saya gelak part last tu.. Haha awk tak bagi.. Haha.. “

” Betul punya lawak.. “

” Kelakar gil4.. “

” Gitulah Mark Adam.. Pandai ye wat pickup line.. “

” Kelakar sampai tercengang bini dia.. “

” Kalau keluar, nanti kak @ezzpowers takdak kawan la .. “

Jihan Muse juga turut memberi komen yang menghiburkan :

Kelakar betul Mark Adam ni. Sampaikan Jihan pun pernah terkena dengannya. Benda yang men4kutkan yang dikatakan pada Jihan adalah isteri beliau. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat berjaya kepada Mark Adam dalam industri hiburan tanah air dan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mark Adam by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..