” Betul-betul macam Dr. Wan Azizah, Nurul Izzah, Tun Siti Hasmah dan Marina.. “

Video Gelag4t Dian P.Ramlee, Fauziah Latiff. Ning Baizura Dan Lisdawati Ketika Penggambaran Filem Mahathir: The J0urney Buat Netizen Terhibur. Wah, Semua Kena Dengan Karakter Masing-Masing !!

Filem Mahathir The Journey mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tun M. Kisahnya bermula daripada peletakkan jawatannya sebagai Perdana menteri pada tahun 2003 sehinggalah beliau dilantik semula sebagai Perdana menteri pada tahun 2018.

Filem arahan Professor Mohamad Hatta Azad ini menel4n belanja sebanyak 6 juta ringgit dan ia memulakan penggambaran pada disember tahun lalu. Filem ini membariskan beberapa artis hebat antaranya Fauziah Latiff, Ning Baizura, Lisadawati dan Dian P.Ramlee.

Walaupun pada awalnya filem ini tidak mendapat persetujuan oleh beberapa pihak namun akhirnya mendapat kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Pastinya ramai peminat tidak sabar menantikan tayangan filem ini di pawagam.

Menerusi akaun Instagram, satu video dikongsikan semasa pengambaran filem Mahathir The J9urney. Filem ini dilakonkan oleh Ning Baizura, Fauziah Latiff, Dian P.Ramlee dan Lisdawati. Masing-masing memegang watak ahli p0litik Malaysia yang seiras dengan watak sebenar.

Tonton video di bawah :

” Perang4i 4 wanita bila berjumpa “

Rata-rata netizen berasa tidak sabar untuk menonton filem ini nanti kerana pelakon yang dipilih sememangnya sama dengan watak sebenar. Antara komen-komen mereka :

” Semua in character… so cute…. gud luck., “

” Yb Nurul Izzah pun ada sekali..comey je.. “

” Allahu…. sebiji semuanya… love u sis dian.. “

” Subahanallah. Serupa sangat dengan watak. Semoga dipermudahkan segalanya.. “

” Mesti best citer ni… Pandai lar pilih pemegang watak. NG4M sangat wajah2 ni… “

” Betul2 mcm dr Wan Azizah, Nurul Izzah, Tun Siti Hasmah dan Marina, betul x?.. “

” Kan… mummy betul2 mcm wan azizah.. “

” Mama dian…. 100 Datuk Seri Wan Azizah, kak Gee Tun Dr Siti Hasmah # mahathirthej0urney “

Wah, sememangnya semuanya nampak seiras dengan watak sebenar. Untuk pengetahuan, Dian P.Ramlee memegang watak sebagai Dr. Wan Azizah, Lisdawati sebagai Nurul Izzah, Fauziah Latiff sebagai Tun Siti Hasmah dan Ning Baizura sebagai Marina Mahathir.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dian P.Ramlee by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..