” Betapa hebatnya insan bernama Siti Nurhaliza. Duit berkepuk-kepuk, jutawan tapi pergi market rileks je, pakaian pun simple. Respect ! “

Ini Yang Berlaku Apabila Dato’ Siti Nurhaliza Membawa Siti Aafiyah Dan Arif Jiwa Membeli Barang Di Giant !!

Nama penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Dari anak kecil sehinggalah peringkat umur warga emas, rata-rata semua mengenali wajah kesayangan ramai ini.

Selain mempunyai suara yang merdu, Dato’ Siti juga mempunyai auranya yang tersendiri. Bukan sahaja menyanyi, malah ketika bercakap pun suara merdu, inikan pula kalau membuat persembahan di atas pentas. Pasti membuat sesiapa sahaja terpegun menonton persembahannya.

Peminatnya bukan sahaja dari Malaysia, malah beliau juga turut mempunyai peminat yang ramai dari Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Mempunyai keperibadian yang baik, sopan-santun dan sentiasa merendah diri membuatkan ibu kepada Siti Aafiyah ini sangat disenangi dan disayangi ramai.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi video membawa anaknya Siti Aafiyah dan juga cucunya, Arif Jiwa keluar membeli barang di Giant. Apa yang menariknya gelagat Aafiyah dan Arif yang begitu teruja apabila nampak mainan sangat mencuit hati.

Sejuk mata memandang apabila Aafiyah dan Arif juga turut diajar bersedekah. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Pakaian Dato’ Siti pun sempoi sahaja. Terbaiklah Tok Ti !!

Kalau nak tahu bagaimana seorang yang bernama Siti Nurhaliza membeli barang dapur, jom tonton video di bawah (video penuh di hujung artikel) :

” Jenuh jugakla saya nak melayan aafiyah & ariff bila bawak mereka teman saya beli barang.. Nak tengok gelagat lucu mereka ? Jom tonton di Youtube Siti Official Video ye.. “

Rata-rata ramai yang terhibur menonton gelagat Aafiyah dan Arif dalam video yang dikongsikan ini. Peminat turut memuji sifat kesederhanaan Dato’ Siti. Antara komen-komen peminat :

” Masa ni lah terserempak dgn DS. maaf ye ganggu time tgh bersama anak. Tapi mmg tak boleh lepas la peluang selfie dgn DS anak nangis pun nangis lah.. Hehehe.. “

” Berulang kembali ke tragedi lepas ? Hehehee.. jenuh lah aafiyah & ariff menunggu ibu ngn umi ti dia pulak.. hehehee.. “

” Alahai Tokti. Simplenya pemakaian. Love you Tokti ! “

” Dh tgk.. sempoii je tokti berpakaian.. siap shopping giant je.. “‘

” Simple je tokti g supermarket and aafiyah and arif sooo gooddd dlm troli, more vids pls.. “‘

” Wow, real moms!!! kaya tapi humble. dress up pon mak mak je, diva always be diva !!!! “

” Shopping giant jer…. Dato sri mmg humble… artis fav saya sekeluarga dulu n slamanya.. “

” Simple jer siti dress natural muka dah memang cantik orngnya.. “

” Betapa hebatnya insan bernama Siti Nurhaliza. Duit berkepuk-kepuk, jutawan tapi pergi market rileks je, pakaian pun simple. Respect ! “

Terbaiklah Dato’ Siti. Memang humble sangat orangnya. Semoga menjadi sumber inspirasi kepada semua wanita di luar sana.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Siti sentiasa diberi kesihatan yang baik dan teruskan mewarnai dunia seni tanahair.

Untuk video penuh, boleh tonton di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan