” Bestnyer dapat keluarga yang harmoni macam ni.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Abby Abadi, Muhammad Daiyan Fayyan. Kemesraan Mereka Sekeluarga Jadi Perhatian, Memang Luar Biasa !! 

Hubungan erat antara Abby Abadi dan keluarga bekas suaminya Norman Hakim bukan satu perkara baru. Abby sememangnya amat rapat dengan Memey Suhaiza dan mereka seperti kembar, sering pergi ke mana sahaja dan melakukan aktiviti bersama.

Kemesraan dan keceriaan mereka sekeluarga menghiburkan hati ramai yang melihatnya. Sikap matang dan profesional membuatkan mereka sekeluarga bersatu hati dan terjalinlah ikatan yang kuat dan kukuh antara mereka demi anak-anak tersayang.

Sempena ulangtahun kelahiran anak angkat Abby Abadi bernama Muhammad Daiyan Fayyan, mereka menyambutnya dengan satu majlis yang meriah di rumah. Penuh dengan gelak ketawa, Daiyan dilihat gembira bermain bersama anak-anak yang lain. Beruntung Daiyan ada keluarga besar yang sangat menyayanginya.

Menerusi akaun Instagram, Memey Suhaiza telah berkongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan suasana sambutan ulangtahun kelahiran Dayyan. Majlis yang diadakan secara mengej0t oleh Abby namun tetap meriah dengan kehadiran seluruh keluarga besar mereka ini.

Jom baca perkongsian di bawah:

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya..)

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka:

” Bestnyer dapat keluarga yang harmoni macam ni.. “

” Happy Birthday Dayyan ! Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak soleh penyejuk mata Aamiin.. “

” Bila semua dah besar, rindu riuh rendah gini. Happy birthday daiyan.. “

” Aaa sukanya tengok family ni. Semoga berkekalan hingga ke jannah, Insya Allah.. “

” Happy birthday daiyan. comelll sgt. semoga menjadi anak yg soleh. aamin.. “

Seronoknya Dayyan disambut penuh meriah dengan keluarga besarnya ini. Keharmonian 2 buah keluarga yang luar biasa dan mengagumkan ramai. Selamat ulangtahun kelahiran Dayyan. Semoga menjadi anak yang soleh dan menggembirakan hati seluruh keluarga selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza, IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..