” Besarnyaaaa perut macam kembar je.. “

Penampilan Terbaru Elfira Loy Yang Sedang Sarat Mengandung Mengej0tkan Ramai. Wahhh.. Besarnya Perut !!

Nama pelakon Elfira Loy atau pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri tidak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki sus0k tubuh yang kecil membuatkan Elfira kelihatan sangat comel dengan apa gaya sekali pun. Selain berlakon, Elfira juga merupakan seorang usahawan.

Elfira telah diijabqabulkan dengan suaminya, Khairol Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk pada 1 Januari 2019 yang lalu dalam sebuah majlis yang tertutup. Sebelum itu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 setelah menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

Ramai mengetahui Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi. Tetapi jodoh tidak memihak kepada mereka dan akhirnya mereka berp1sah dan membawa haluan masing-masing. Walaupun pelbagai kontr0versi timbul selepas itu, ini tidak menghal4ng untuk Elfira untuk hidup bahagia bersama suami tercinta.

Menerusi akaun Instagram, pelakon Bella Dally yang merupakan salah seorang sahabat baik Elfira berkongsi gambar terbaru Elfira yang kini sedang sarat dan menanti masa untuk melahirkan anak tidak lama lagi. Namun begitu, perkongsian Bella mengej0tkan ramai apabila perut Elfira kelihatan sangat besar dan ramai beranggapan Elfira sedang mengandung anak kembar.

Kalau betul Alhamdulillah, yang penting baby nanti lahir dengan selamat tak kisah lah seorang ke kembar kan.

” Spent Malaysia Day with this one! Semoga dipermudahkan semuanya @elfiraloy and @fariskanuar.. ”

Rata-rata peminat merasakan Elfira sedang mengandungkan anak kembar. Antara komen-komen peminat :

” Besarnyaaaa perut macam twins.. “

” Baby boy kot ni.. Semoga dipermudahkan.. “

” Kenape rasa mcm twin je… lain mcm perut besar.. “

” Besarnya perut dia, twin ke tuuu. Cantiknya Bella.. berseri Elfira.. “

” Mcm twin pun ada semoga dipermudahkan.. “‘

” Semangatnya… dah nk dekat tu.. moga dimudahkan ye mommy to be.. “

” Wow mcm twin je. Semoga dipermudahkan semuanya @elfiraloy.. “

” Elfira berpakaian yg sesuai ketika pregnant.. “‘

” Tak larat dh nampak tu… time2 ni lh rasa dh x mampu nk bawa bdn.. Nk tidur pun susah… peng0rbanan seorang ibu… Semoga Allah permudahkan utk El bersalin dgn slmt. Smooth delivery el.. “

Alahai Elfira, perut besar pun nampak comel. Seri bakal ibu tu memang terserlah sangat, pakaian pun sopan dan sejuk mata memandang. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga urusan Elfira melahirkan anak nanti dipermudahkan oleh Allah. Sama-sama kita doakan. Amin…

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Dally, Elfira Loy by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..