” Berkat kesabaran kak Pia jaga Budi, normal dah si Budi sekarang. Jadi Juara AJL34 pulak tu.. “

Ucapan Tahniah Daripada Zara Zya Buat Juara Anugerah Juara Lagu ke-34, Naim Daniel. Namun Komen-Komen Daripada Netizen Buatkan Sesiapa Sahaja Membaca Pasti Terhibur !!

Lagu ciptaan Naim Daniel dan Omar K dan nyanyian oleh Naim sendri iaitu berjudul Sump4h telah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur malam tadi. Kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Muhammad Naim Daniel bin Baharin atau lebih terkenal sebagai Naim Daniel merupakan seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu. Naim merupakan lepasan jurusan Pengajian Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Naim kerap membuat “cover” lagu di Instagram beliau dan berjaya menarik minat peminat kerana suaranya yang merdu.

Nama Naim Daniel mula terkenal menerusi drama ‘Pia’ yang turut dilakonkan oleh pelakon Zara Zya dan Alif Satar. Dalam drama tersebut, Naim memegang watak sebagai Budi,  adik kepada Pia yang mempunyai masalah ‘celebr4l p4lsy’. Siri Drama Pia ini bersiaran di Slot Lestary TV3 pada tahun 2019 dan mendapat sambutan baik oleh penonton-penonton di luar sana.

Menerusi perkongsian terbaru oleh pelakon Zara Zya di Instagram, beliau berkongsi ucapan tahniah buat Naim Daniel atas kemenangan beliau semalam menjuarai Anugarah Juara Lagu Kali ke- 34. Namun, Zara turut meminta maaf kerana tidak dapat hadir untuk menyaksikan persembahan Daniel. Zara turut sempat membuat ‘video call’  bersama Naim.

Ikuti perkongsian Zara Zya di bawah :

” Tahniah Budi !! Sorry kak Pia tak dapat datang tgk Budi performed tadi sebab Kak Pia kerja demi mencari sesuap spageti. Kak Pia bangga dengan Budi tau @naimdanielx.. “

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan ucapan Zara Zya kepada Naim Daniel itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Hahahhah kak Pia mmg WIN! @zarazya .. “

” Berkat ksbrn kak Pia jaga budi… Normal dh si Budi skrg.. Jd juara ajl34 plk tu .. “

” Hehe.. Comell je kak Pia .. “

” Shooo cuteee kak Pia dgn Budi .. “

” Budi dah jd juara skrg .. “

” Hahahahah aduhh miss ahhh drama tu… Tahniahh budi @naimdanielx.. “

” Kak piya memng selalu bz.. Nti kalau budi rindu Kat piyaa dia akan saw4n.. Hahahha.. “

Alahai comel betul ucapan dari seorang kakak kepada adiknya. Kakak Pia sibuk adik, tak sempat nak tengok adik Naim buat persembahan dekat Anugerah Juara Lagu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat Naim Daniel atas kemenangan beliau semalam menjuarai AJL34. Tahniah !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zara Zya, Naim Daniel by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..