Berhubungan Selama 2 Tahun Dan Tidak Pernah Bertemu

Tiba Hari Akad Nikah Pengantin Wanita Yang Hadir Berlainan Sekali Dengan Gambar Yang Diberikan

Kita biasa mendengar pasangan yang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh. Ada yang menjalinkan perhubungan jarak jauh itu saling mengenali sesama mereka dan ada juga yang tidak mengenali sesama mereka malahan tidak pernah bertemu sekalipun.

Mereka yang tidak pernah mengenali ini sebahagian besarnya berkenalan di media sosial seperti Facebook contohnya. Hanya gambar, suara atau SMS yang menjadi ik4tan perhubungan tetapi tidak pernah bertemu.

Begitu juga dengan kisah perhubungan jarak jauh yang dilalui oleh lelaki yang bernama Yusuf dari Indonesia ini. Yusof adalah warganegara Indonesia yang bekerja di Korea Selatan.

Seperti dipetik dari T0day.Line.me, kisah ini bermula apabila Yusof mengambil keputusan untuk mencari gadis bagi menjadi isterinya. Tetapi niat ikhlas Yusof itu tidak menjadi apabila dia melihat sendiri gadis yang dikenalinya melalui perhubungan jarak jauh itu.

Bayangkan selama dua tahun Yusof menjalin perhubungan dengan wanita warga Indonesia juga tetapi bekerja di Taiwan. Setelah dua tahun berkenalan, Yusof akhirnya mengambil keputusan untuk mengambilnya sebagai isterinya yang sah.


Sumber Foto : Facebook

Selama dua tahun berkenalan, Yusof dan wanita itu hanya berkomunikasi melalui telefon sahaja. Dia tidak pernah berjumpa dan hanya melihat gambar yang dikirim oleh wanita tersebut.


Sumber Foto : Facebook

Selepas semua persiapan telah dilakukan, dan tiba pada hari akad nikah, Yusuf akhirnya membatalkan majlis akad nikah tersebut apabila melihat wanita yag hadir itu tidak seperti wajah di dalam gambar yang diterimanya.

Di dalam gambar yang ada padanya, wanita yang dikenalinya itu adalah seorang gadis bertudung yang cantik dan manis dipandang mata. Tetapi wanita yang hadir pada hari akad nikah tersebut berlainan sekali dengan yang dilihatnya di dalam gambar.


Sumber Foto : Facebook

Wanita yang hadir pada hari akad nikah 


Sumber Foto : Facebook

Bukan sahaja itu, selama perkenalan juga Yusuf telah banyak mengirim duit bulanan kerana diminta oleh wanita tersebut. Menurut Yusuf, wanita itu meminta duit untuk membeli alat solekan dan sebagainya.


Sumber Foto : Facebook

Pada hari majlis tersebut semakin hampir, menurut Yusuf wanita itu meminta wang sebanyak 10 juta Rupiah atau bersamaan lebih kurang RM3000.

Selepas kejadian ini, Yusuf dengan secara baik meminta wanita tersebut mengembalikan semua wangnya. Yusuf mengatakan semua yang berlaku ini adalah satu pelajaran baginya.

Rupanya kisah tersebut tidak tamat sahaja di situ, apabila seorang wanita yang bernama Intan telah memuatnaik status di Facebook memberitahu gambar yang diterima oleh Yusuf itu adalah gambarnya.


Sumber Foto : Facebook

Setelah diperhatikan, memang wajah gadis yang bernama Intan itu mirip dengan gambar yang diterima Yusuf dari wanita yang men1punya itu.

Jadi, kepada mereka yang menjalinkan perhubungan jarak jauh di luar sana, berhati-hatilah dan kenalilah pasangan anda sebaiknya. Di dalam zaman sekarang, berbagai cara digunakan untuk men1pu dan mendapatkan apa yang diinginkan.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..