Bergenang Air Mata Mendengar Bacaan Ayat Suci Al-Quran Dari Adik Nor Farhatul Fairuzah Panut, Johan Qariah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa Ini

Setiap Tahun, Malaysia akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan disertai oleh peserta dari pelbagai negara. Kali pertama diadakan acara ini adalah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 buah negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaysia yang ketika itu dikenali dengan negara Malaya.

Dahulunya, acara ini dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Kali pertama ianya telah diadakan dia Stadium Negara dan pada tahun 1985 ianya telah berpindah tempat di PWTC sehinggalah pada tahun 2018 yang lalu.

Tetapi pada tahun ini, majlis tersebut buat kali pertamanya telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan juga bakal menyaksikan penyertaan baharu tujuh negara iaitu Azerbaijan, Montenegro, Sweden, Norway, Austria, Kenya dan Ivory Coast.

Majlis Tilawah kali ke-61 itu yang bermula pada 15 April dan berakhir pada 20 April telah menyaksikan qari dan qariah dari Malaysia telah diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Kredit Gambar : Sinar Harian

Qari Malaysia, Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah. Kemenangan itu membolehkan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, serta piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Tetapi kemuculan peserta qariah Malaysia, adik Nor Farhatul Fairuzah Panut telah mencuri tumpuan kerana menjadi peserta termuda dalam sejarah yang menjadi Johan Qariah Majlis Tilawah tersebut.

Kredit Gambar : Sinar Harian

Bacaan dari anak bongsu lima beradik ini begitu mengagumkan ramai hadirin yang hadir

Kredit Gambar : Y0utube

Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun lagi. Lihat bagaimana dia membaca dengan begitu kusyuk dan penuh perasaan

Kredit Gambar : Y0utube

Seperti dipetik dari Astro Awani, adik Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara. Dia juga bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti.

Sedikit biodata tentang adik Nor Farhatul Fairuzah Panut, Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-61 ini

Farhatul adalah anak bongsu lima beradik dan bapanya Allahy4rham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin yang juga bekas Qari dan Qariah

Sekarang adik Nor Farhatul Fairuzah masih belajar  di tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan

Sejak berusia lima tahun lagi beliau mempelajari Tarannum dan smula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun

Pada pertandingan peringkat kebangsaan yang berlansung sebelum ini, adik Farhatul telah dinobatkan sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, telah menjadi naib johan

Di atas kemenangannya itu membolehkan beliau menjadi wakil Negara dalam pertandingan peringkat Antarabangsa yang mengangkatnya sebagai Johan Qariah

Sumber gambar : Utusan

Rata-rata netizen merasa sangat terh4ru dan mel4hirkan kekaguman apanila mendengar bacaan dari adik Nor Farhatul Fairuzah ini

“TAHNIAH adik.. semoga saya turut dikurniakan putera dan puteri generasi al Quran seperti adik..selamat maju jaya dalam memartabatkan kemuliaan wanita Islam…”

“Alhamdulillah.. Tahniah adik Farhatul Fairuzah kerana berjaya menjadi juara..”

“Tahniah.. Terbaik bacaan alhmdulillah”

“Sejuk per0t ibu mengand0ng ank macam ni lah yg patut ibubapa bangga dari dari juara rancangan hiburan”

“Kita2 yg biasa2 je ni x payahla berangan nk memiliki isteri spti adik ni..sbb ustaz2 keliling dia mesti ramai dh yg jeling2 dan menyimpan hasrat kt dia..so aku cuma mengharap semoga adik ni sentiasa Istiqomah dgn Al-quran..dan sentiasa dilindungi Allah..serta mendapat jodoh lelaki yg Soleh Aamiin..”

“Subhanallah. Sdapnya… Pakej lengkap ni..”

Sumber gambar : Astro Awani

Semoga segala cita-cita dan hajat adik Farhatul menjadi kenyataan dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Semoga kejayaan ini menjadi inspiirasi kepada semua anak supaya senantiasa membaca dan menghayati Al-Quran. Syabas Adik Farhatul !

Tonton Video Adik Farhatul Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran Di Bawah Ini

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SAHRE Ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Youtube