” Berdekah ketawa tengok part ni. Confident tu panggil Joshua. Patut tak ada orang respon. Hahahaha.. “

Boleh Pula Mark Adam Tersalah Panggil Nama Sean Lee Dalam I Can See Your Voice Malaysia. Serius Kelakar Lah Mark, Confident Tu Penting !!

Siapa yang tidak kenal penyanyi kelahiran Cebu, Filipina, Mark Adam yang kian mengukir nama di Malaysia dengan lagu-lagu berjudul Pencuri, Si Katak, Marry Me dan banyak lagi. Mark Adam yang juga merupakan seorang guru vokal ini lebih dikenali di Malaysia berbanding negara kelahirannya.

Mempunyai personaliti yang sangat bersahaja, sentiasa merendah diri, menghormati orang lain dan berperwatakan kelakar membuatkan Mark Adam sangat disenangi ramai. Wajahnya yang manis juga antara penarik bagi diri Mark Adam.

Jika Mark Adam buka mulut sahaja sudah kedengaran kelakar. Inikan pula perbuatannya yang spontan dan bersahaja  membuatkan ramai yang terhibur.

Menerusi akaun Instagram, Mark berkongsi keratan video dalam program I Can See Your Voice Malaysia Musim Kedua yang disiarkan di televisyen baru-baru ini. Penyanyi jemputan pada kali ini adalah Nabila Razali.

Untuk pengetahuan, program I Can See Your Voice Malaysia ini menggunakan konsep dan format rancangan asal dari Korea Selatan tetapi dalam versi Bahasa Melayu menggandingkan Syuk Sahar dan Sean Lee sebagai pengacara serta turut menampilkan artis jemputan.

Apa yang menariknya bagi episod kali ini, Mark dengan confident memanggil nama Sean Lee sebagai Joshua. Pada mulanya, ramai yang terpinga-pinga Mark menyebut nama siapa. Akhirnya baru lah tahu rupanya Mark merujuk kepada Sean Lee.

Alahai Mark, tak pernah tak kelakar. Jom tonton video di bawah :

” Faktu umur mintak maaf @seanlje #ICanSeeYourVoiceMalaysia2 @nabila.razali terbaik.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Mark Adam. Antara komen-komen peminat :

” Ger4m je dgr byk kali sebut joshua… Ptt xde org respon, kahkah.. “

” I laugh so hard dekat part ni HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA confident tu sebut joshua.. “

” Ya ampun maarrrrkkk. Hahahahahhaa. Tak pernah gagal buat orang s4kit perut ketawa !!! “‘

” Haha joshua tkpe faktor umur kan. btw faktu? apo tu mark.. “

” Lawak lah markadam1079…. kami sekeluarga kelak giler… confident lg tu JOSHUA…. “

” Nak pendapatan saya, lpastu joshua pulak haha terbaik mark adam.. “

” Hahahah aduh siapa joshua ni sepa ya.. “

” X pe mark.. confident itu penting.. “

Alahai Mark, serius kelakar. Apa yang penting confident kan. Kami di Berita Kopak mendoakan Mark Adam terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Teruskan menceriakan hari-hari kami dengan karya yang kreatif.

Kepada yang ingin menonton video penuh episod Nabila Razali, sila tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mark Adam, Youtube TV9 Malaysia Official by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..