” Berdekah aku gelakkk. Ngeng la Jep ni.. “
Jep Sepahtu Buat Hal Lagi. Giliran David Teoh Pulak Terkena. Mengg1la Netizen Gelak Nak Pec4h Perut !!
Nama Jep Sepahtu bukan nama baru dalam bidang pelawak. Namanya sudah berdiri teguh dan mempunyai ramai pengikutnya tersendiri. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin adalah anak kelahiran Kulai Johor. Dilahirkan pada tanggal 9 April 1985, aktor ini sudahpun menikahi aktress kecik molek, Sari Yanti.
Melalui perkahwinan ini, Jep dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Dariya Inara. Dariya sememangnya amat manja dengan Jep yang menggelarkan dirinya abah. Malah selalu menggelarkan Dariya anak abah, hubungan erat mereka sememangnya jelas kelihatan.
Walaupun Jep sibuk dengan jadual kerjanya sebagai pelawak dan penyampai radio, namun Jep bijak mengatur masa untuk bersama anak-anak dan isteri. Seringkali memuatnaik gambar dan videonya bersama keluarga tersayang membuatkan peminat kagum dengan sikap Jep.
Menerusi akaun Instagram, Jep memuatnaik sekeping gambar beliau sedang mendukung anaknya Dariya Inara. Namun apa yang menarik adalah kapsyen lawak dari Jep itu sendiri yang dikaitkan dengan isteri pengarah David Teoh. Sekali pandang macam sama tapi tak serupa. Lawak betul lah Jep ni.
Jom baca kapsyen di bawah:
” Good girl je @dariyainaraofficial bila wife David Teo dukung dia #anakabah.. “
Rata-rata netizen yang terhibur dengan lawak selamba Jep itu meningg4lkan komentar di ruangan komen. Antara komen-komen netizen :
” Hahahahaha kalau tak cakap kat caption tu tak perasan @jepsepahtu.. “
” Puas cri mne wife david nya.. Bila done loading rupanya dia.. Adoi jep.. Cantiknya rambut.. “
” Hahahhahaaa dua kali baca caption pastu zoom gambaq nak tengok walaupon dah tau memang jep.. “
” HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA SUMP4H KETAWA BERGULING GULING.. “
” Hahaha…. Rambut tak bole angkatzzz @jepsepahtu.. “
” Berdekah aku gelakkk.. Ngeng la jep ni.. “
” Baca caption dulu. Sekali tengok gambar. Hmmm haha.. “
Sememangnya itu lah realiti Jep yang sebenar. Tidak kira samada di konti, di pentas lawak mahupun di rumah memang lawak dan dirinya berpisah tiada. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Jep dan semoga bahagia bersama keluarga tersayang. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu, David Teoh by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..