” Berbiraslah dengan Shalma Ainaa nampak gayanya.. “

Gambar Jejaka Kacak Di Samping Mira Filzah Ketika Di Majlis Resepsi Farah Nabilah Cur1 Perhatian Ramai. Adakah Ini Kekasih Hati Mira Filzah ?

Pelakon popular tahun 2019 ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Mira Filzah menjadi satu nama yang cukup gah sepanjang 2019. Banyak pencapaian yang membanggakan gadis cantik ini antaranya mendapat anugerah ‘Ratu Telenovela 2019’.

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman dilahirkan pada 2 April 1993. Namanya mula dikenali menerusi drama Cinta Si Wedding Planner. Karier seninya semakin memuncak apabila drama lakonannya berjudul Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams mendapat rating tertinggi tontonan.

Semenjak itu, nama Mira sering digosipkan dengan hero gandingannya Remy Ishak dan Ben Amir namun Mira nyata mengundang tanda tanya peminat apabila memberitahu bahawa dirinya sedang dalam proses mengenal hati budi seorang jejaka. Nyata kenyataan Mira ini membuatkan peminat terus mengorek rahsia gadis manis ini.

Menerusi akaun Instagram OhBulan, gambar Mira Filzah bersama seorang jejaka yang dikatakan merupakan kekasih hatinya. Gambar itu dirakam ketika Mira menghadiri Majlis Resepsi pelakon Farah Nabilah pada malam tadi. Mira kelihatan sangat cantik dan manis di samping lelaki tersebut.

Menurut laporan OhBulan, jejaka kacak bernama Wan Emir Astar itu bekerja sebagai seorang arkitek. Beliau merupakan kenalan lama Mira Filzah ketika zaman belajar dan merupakan seorang anak kepada YB Ahli Perlimen Kuala Kangsar iaitu YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Rata-rata netizen teruja dengan berita ini. Antara komen-komen netizen :

” Waaahhhh memang sepadan.. “

” Oh abang ipar shalmaaina hos cctv astro.. “

” Tak minta lebih. Cuma nak tahu mira filzah sama tak macam dalam drama adellea sofea tu. Ke lagi lembut.. “

” Berbiras la dengan salma aina nampak gayanya.. “

” Anak Yb kuala kangsar ni.. “

Sehingga kini Mira masih belum mengesahkan siapakan sebenar jejaka yang telah berjaya mencur1 hatinya. Adakah benar jejaka dalam gambar yang diperkatakan ini. Sama-sama kita tunggu respon daripada Mira sendiri dan mendoakan jodoh yang terbaik buat Mira.

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Website Ohbulan, IG Mira Filzah by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..