“Beramal tak dengan surah Alam Nasyroh tu nak, tanya nenek(ibu ustazah) kepada cucunya, paling kurang 7 kali selepas solat bacalah surah tu…”.

InsyaAllah DiTerang hati Anak-Anak Dan Dimurahkan Rezeki

Semua ibubapa pasti mengharapkan anak mereka menjadi seorang anak yang terang hati dan menjadi anak yang soleh.  Anak adalah anugerah dan juga amanah Allah. Didiklah dan perbaikan budi pekerti mereka ke arah kesopanan, berakhlak mulia dan akhirnya dapat membalas jasa orang tuanya. Anak-anak kecil jangan didera disebabkan kemarahan dan kesalahan yang kecil.

Asuhan didikan yang baik melalui teguran, nasihat dan bimbingan akan menjadikan anak-anak faham erti kehidupan. Matlamat pendidikan bertujuan membawa kesejahteraan kepada individu terbabit di dunia dan akhirat.

Seperti dalam salah satu ceramah Ustazah Norhafizah Musa, beliau menceritakan tentang kisah ibunya yang begitu bersemangat apabila mengajarnya membaca Al-Quran. Ibunya senantiasa rajin dan bersemangat apabila mengajar Al-Quran.

Menurut beliau, senantiasalah berdoa supaya diterangkan hati anak-anak kita selepas solat. Sebuah cerita yang beliau kongsikan sangat bermanfaat untuk kita kongsikan dan kita amalkan.

Baru-baru ini semasa anak saya mahu mengambil peperiksaan, Wannya(ibu kepada ustazah) bertanya kepada cucunya “Beramal tak dengan surah Alam Nasyroh tu nak, tanya nenek(ibu ustazah) kepada cucunya…”.

“kenapa tak amalkan, Wan itu dululah Wan pesan kat anak-anak Wan, paling kurang 7 kali selepas solat bacalah surah tu, supaya hati terang”.

Ketika itu, ustazah Norhafizah menceritakan yang dia begitu malu kepada ibunya kerana tidak mengajarkan kepada anaknya itu ilmu yang telah diberikan kepadanya oleh ibunya itu. Jadi apakah kelebihan Surah Alam Nasyroh itu yang ibu kepada ustazah Norhafizah suruh anak dan cucunya amalkan itu.

Dipetik dari laman Perkim, Sebenarnya surah ini mempunyai pelbagai kelebihannya.  Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Ustazah Norhafizah Musa Dan Keluarga

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Tonton VIDEO Salah satu ceramah ustazah Norhafizah Musa di bawah

Amalkan Baca Surah Ini 7 Kali Selepas Solat Hati Terang Di Permudahkan Segala Urusan Dan Murah Rezeki – Ustazah Norhafizah Musa

Amalkan Baca Surah Ini 7 Kali Selepas Solat Hati Terang Di Permudahkan Segala Urusan Dan Murah Rezeki – Ustazah Norhafizah Musa

Posted by Ustazah Norhafizah Musa Fans on Sunday, February 3, 2019

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Ustazah Norhafizah Musa Fan