” Benda boleh jimat, buat apa nak membazir.. “
Jika Wiper Cermin Kenderaan Anda Sudah Haus, Jangan Buang Dahulu. Tonton Video Ini, Anda Mungkin Dapat Menjimatkan Wang Untuk Membeli Wiper Baru !!
Wiper adalah sangat penting bagi semua kereta sekiranya berlaku hujan. Tanpa Wiper, maka sebuah kereta tidak akan kelihatan lengkap dari segi aksoserinya. Pasti sebuah kereta akan kelihatan cac4t apabila tidak mempunyai wiper. Sudah tentu kelakar bukan ?? Maka, sejauh mana pun canggih sebuah kereta, wiper tetap penting.
Selalu, antara kita selalu menukarkan wiper baru setelah merasakan wiper lama tidak lagi begitu fungsi. Lebih-lebih lagi ketika keadaan hujan, wiper tidak lagi mampu untuk mengesat air di cermin secara keseluruhan. Tahukah anda? kita sebenarnya tidak tahu bahawa wiper tersebut dapat digunakan lagi.
Mungkin kita tidak mengetahui cara sebenar untuk membuat semula wiper itu dapat digunakan kembali. Kita juga sudah terbiasa untuk membeli baru wiper dan menukarkannya. Malah, wiper yang lama tidak lagi digunakan kita terus membuang tanpa berfikir. Sebenarnya, wiper yang r0sak itu tidak lah r0sak teruk seperti kita sangkakan.
Menerusi perkongsian chanel ‘ Kita Buat Dia’ di Youtube, seorang lelaki lebih dikenali sebagai Abang Jo telah berkongsi satu video yang menarik tentang penggunaan semula wiper lama. Beliau juga telah mengajar cara teknik menggunakan semula wiper lama yang rosak untuk digunakan kembali.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
” Nak Jimat..? Boleh je.. ‘KITA BUAT DIA’.. “
” Jom kita guna semula wiper lama yg dikatakan dah r0sak tapi sebenarnye tak r0sak mana pon..
Okey je kalau nk guna selagi boleh guna.. buat pe membazir beli baru.. guna sampai habis hayat wiper tersebut baru kita beli yang baru.. “
” ‘KITA BUAT DIA’ nk kongsi ilmu moga jadi panduan kita bersama.. jommmm….!! “
Rata-rata netizen begitu kagum dengan ilmu yang telah dikongsikan oleh Abang Jo tersebut. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bole guna kaedah ni dulu.. Guna smpai lunyai.. Thank u bang.. DIY for life.. “
” Tebaik abang ni.. info berguna teruskn kn bagi info berguna bang .. “
” Saya like sub bang bagus … Abg tak kedekut ilmu… Semoga abg berjaya la… “
” Video terbaik bang. Satu cara yg guru² detailing dkt luar sana recommend ialah gunakan ISP isopr0pyl alcoh0l 90% utk wipekan dkt rubber wiper dan cuci cermin dkt sabun. Akan hapuskan streaks air dan tahan lama ! “
” Alhamdulillah… Trjumpa video ni.. Esok gak try buat.. “
” Terbaik bro.. Ilmu yg bermanfaat.. Moga terus maju jaya.. Amin .. “
Kami dari Berita Kopak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Jo atas perkongsian ilmu yang sangat menarik dan manfaat itu. Memang terbaik Abang Jo tidak kedekut ilmu pengetahuannya untuk dikongsikan kepada semua. Semoga Abang Jo sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.
Tonton video penuh di bawah ini :
Silakan SHARE.
Sumber : Youtube Chanel Kita Buat Dia by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..