Benarkah Anak Pertama Itu Lebih Cerdik Berbanding Adiknya?. Baca Ulasan Pakar Ini

Biasanya anak sulung yang lahir di dalam keluarga memiliki bakat dan kecerdasan yang istimewa. Ada pakar yang mengatakan yang ututan kelahiran dan urutab kelahiran anak kita mempunyai kaitan rapat dengan bakat istimewa dan kecerdasan.

Sebuah kajian yang dikeluarkan oleh University Of Edinburgh pada tahun 2017 telah melakukan ujian kecerdasan di antara adik beradik. Mereka mendapati anak pertama mempunyai kemampuan berfikir yang lebih tinggi berbanding adiknya. Kemudian meeka melakukan pula ujian 0taknya untuk mengetahui tahap IQ mereka.

Bagaimanapun tahap IQ mereka tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Pakar tersebut melakukan ujian terhadap 5000 orang yang mempunyai kaitan adik beradik dari semenjak lahir sehinggalah kepada yang berumur 14 tahun.

Pada setiap 2 tahun kanak-kanak ini akan diuji tahap IQ mereka dengan pelbagai cara. Apa yang mengej0tkan, mereka mendapati kebanyakkan anak pertama mempunyai nilai IQ yang lebih.

Meri Wallace menjelaskan yang urutan kelahiran memiliki kesan yang luar biasa terhadap anak sulung, anak kedua dan ketiga. Ketika anak pertama lebih berkembang secara intelektual, mereka dapat mengatasi tekanan dari ibubapa untuk menjadi lebih sempurna.

Anak kedua pula biasanya kurang mendapatkan perhatian dari ibubapa jika ianya berkaitan dengan prestasi, jadi pemikiran mereka berkembang dengan mengikut sahaja. Dan anak ketiga sering merasa kesepian dan terhimp1t. Jadi, untuk ibubapa pastikan anda menghabiskan waktu yang cukup untuk mereka.

Dengan anak pertama, ibubapa selalunya ingin melakukan yang terbaik untuk melihat anak mereka itu menjadi seorang yang sempurna. Kadang-kadang tanpa ilmu yang cukup tentang cara membesarkan anak dengan betul membuatkan anak-anak hanya diberikan perhatian yang lebih dari keinginan ibubapa yang ingin anak-anak menjadi seperti mereka. Inilah sebabnya mengapa anak pertama lebih bermotivasi untuk berjaya dan berkembang secara intelektual.

Selepas anak pertama menjadi abang kepada dik-adiknya, itu akan mempengaruhi mereka menjadi cepat dewasa. Sementara ibunya sibuk dengan kelahiran anak kedua, kadang-kadang anak pertama merasa ditinggalkan dan mereka cuba menarik perhatian ibubapa dengan membantu menjaga adiknya.

Ini membuatkan mereka seperti mempunyai tanggungjawab orang dewasa pada usia muda dan biasanya perkara ini akan disokong oleh ibubapa. Inilah mengapa anak pertama sering jadi yang tercerdas dan dewasa pada usianya.

Kesimpulan yang dapat kita ambil adalah : Disebabkan kejayaan akedemik dan intelektual itu dipengaruhi secara langsung oleh perhatian dan kasih sayang dari ibubapa, kita harus mengakui yang anak-anak yang kurang berkomunikasi dan tidak beriketraksi serta kurang menghabiskan waktu bersama ibubapa akan menunjukkan kemampuan yang lebih rendah terhadap pembelajaran dan IQ.

Jadi, Jika kita memahami kekurangan dalam keterampilan kita dalam mengurus anak yang terjadi secara tidak sedar, maka kita dapat menjangkakan hasilnya. Tetapi lebih daripada itu, kita dapat menerapkan pengetahuan ini dalam cara pengasuhan sehari-hari kita. Kita boleh bermula dari tidak terlalu memaksakan kehendak pada anak pertama dan memberi perhatian yang sama di antara anak-anak kita.

Dan selalulah berkomunikasi dan memberi kepercayaan di antara anak-anak, ini akan membantu anda mempertahankan hubungan dan menciptakan landasan kuat untuk anak-anak dalam melangkah dari masa kanak-kanak menuju ke alam dewasa.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Semoga Bermanfaat.

Diterjemahkan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : hmn