Benar-Benar Mengagumkan!!. Dengan Hanya Menggunakan Tali Raffia, Bapa Ini Membuat Beg Galas Untuk Anaknya Ke Sekolah

Di  Malaysia, kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyai pelbagai bantuan untuk mendapat pendidikan yang baik sejak dari sekolah rendah lagi. Tetapi di beberapa negara, kemiskinan selalunya menjadi penghalang kepada kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang baik.

Tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membayar yuran sekolah dan membeli peralatan sekolah boleh menghalang kanak-kanak dari mendapat pendidikan yang sempurna. Akibatnya, ramai kanak-kanak terlepas peluang untuk mendapat pendidikan bagi menjamin kehidupan yang lebih baik di masa depan.

Sebagai ibu bapa, ramai yang berusaha untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya. Mereka sedaya upaya memenuhi keperluan untuk anak-anak mereka di sekolah. Tetapi apa yang akan dilakukan apabila benar-benar tidak mampu membeli bekalan sekolah?

Seorang bapa di  Kemboja menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil jika benar-benar bertekad dan berusaha. Untuk menjimatkan wang, dia memreka beg galas untuk anaknya dengan menggunakan rentetan raffia.

Kisah bapa ini dikongsi oleh seorang guru sekolah rendah bernama Sophous Suon dari Kemboja. Pada hari pertama sekolah, dia telah melihat beg galas yang luar biasa dibawa anak muridnya yang bernama NY Keng yang berumur 5 tahun. Ternyata beg itu dibuat oleh bapa anak muridnya itu yang bekerja sebagai petani.

Dengan mendapatkan serat dari daun palma raffia, bapa itu menghasilkan rentetan atau tali semulajadi yang disebut tali raffia. Bapa NY Keng dengan kreatif telah memanfaatkan sumber yang ada untuk membuat beg galas untuk anaknya. Dengan menenun rentetan raffia, dia berjaya membuat beg sekolah yang cantik dan menakjubkan.

Beg ini dilengkapi dengan penutup dan tali yang berfungsi untuk menggalas

Ianya kelihatan sangat menakjubkan dan comel sekali

Walaupun dihasilkan dari tali raffia tetapi ianya dibuat dengan begitu baik dan teliti

Dilengkapi dengan kunci penutup seperti yang terdapat pada beg-beg yang dijual

Guru tersebut mengatakan biasanya beg sekolah beg sekolah yang dijual berharga sekitar 30000 riel ataupun bersamaan dengan sekitar RM30. Dan ada ibu bapa yang tidak mampu untuk membelinya. Untuk menjimatkan wang, bapa NY Keng melakukan sesuatu yang sangat mengagumkan ramai orang.

Kisah bapa ini yang dimuatnaik oleh Suon telah menjadi viral dan memveri inspirasi kepada ramai orang di luar sana. ianya telah menunjukkan bagaimana seorang bapa selalunya mencari jalan untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka. Semoga NY keng menjadi seorang anak yang berjaya di masa akan datang dan dapat berbakti untuk keluarganya!

Silakan SHARE..

Sumber : Facebook Sophous Soun by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..