Bayi Kerap Menangis Disebabkan Gangguan Makhluk Halus ? Baca Penjelasan Doktor Zubaidi Ini, Jangan Abaikan !!

Bayi seperti kita tahu akan selalu menángis tidak kira masa. Dan kita selalu menganggap bayi itu lapar, haus dan inginkan menyusu. Tetapi bagaimana jika tangisan bayi itu terlalu lama sehingga berjam-jam?.

Situasi ini ramai berlaku kepada ibu-ibu yang melihat bayi mereka menángis terlalu lama dan sukar berhenti. Ada yang melihat perkara ini kemungkinan ada g4ngguan makhluk halus yang menyebabkan bayi tersebut tidak berhenti menángis .

Tidak kiralah apa sebabnya, yang pastinya bayi yang menángis secara luar biasa ini pasti ini akan menimbulkan situasi p4nik kepada para ibu ataupun bapa bayi tersebut.

Seorang D0ktor yang banyak memberi nasihat kesihatan di Facebooknya iaitu Dr Zubaidi Hj Ahmad memberi penerangan tentang situasi bayi menángis luar biasa ini ataupun juga dikenali dengan nama ‘baby c0lic’.


Sumber : Facebook Dr Zubaidi hj Ahmad

Mari kita ikuti tulisan beliau di bawah ini

BAYI KUAT MENANGIS DISEBABKAN MAKHLUK HALUS?

Setiap bayi yang baru lahir akan menángis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menángis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.

Pernah tak alami anak menángis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu? Bayi pula selalunya anak menángis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gángguan makhluk halus.

Mungkin benar ada gangguan seperti itu.

Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak memberikan susu yang cukup pada bayi kita. Memaksa kita memberikan lebih banyak susu pada hal bayi kita tidak lapar. Kita tahu anak kita sendiri.

Pada hal ia hanya disebabkan oleh masalah dinamakan “infantile c0lic”. Para doktor mengatakan ia disebabkan masalah ketidakhadaman, angin atau usuus yang terlalu sennsitif kepada pr0tein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu.

Selalunya ia bermula ketika báyi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan. Anak tidak lagi mengalami masalah ini apabila bayi usia tiga atau empat bulan.

Ketika bayi menángis , tangan bayi tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat.

Ia juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kemb0ng kerana tertelan angin akibat menángis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.

Namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bayi yang mengalami masalah c0lic sepatutnya kelihatan sihat dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik.

Jika jika tangisan kuat ini berserta dengan demám, sukar bernafas, s4wan, muka kelihatan pucat atau biru, tidak menyusu dengan baik dan muntah yang berterusan atau berak berdarah, ia bukanlah masalah yang biasa.

Jika ada masalah seperti ini, saya mencadangkan agar urut lembut anak pada abd0men, belakang dan anggota tangan dan kakinya menggunakan minyak kelapa dara.

Bawa untuk pemeriksaan d0ktor jika keadaan ini berulang bagi membezakan keadaan ini dengan keadaan yang lebih berbahaya.

Semoga bermanfaat.

Begitulah nasihat yang diberikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad pada posting di Facebooknya. Semoga ianya dapat membantu ibu-ibu atau keluarga yang bayi mereka menángis secara luar biasa.

Disediakan Oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber : Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad