” Baru je feeling nak bersukaria, sekali dapat mesej dari suami, betul-betul makan dalam.. “

MasyaAllah.. Mesej  Yang dihantar Oleh Suami Noorkhiriah Buat Ramai Yang Makan Dalam, Deep Ter0k !!

Noor khiriah Binti Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah, sebuah nama yang tidak asing lagi di layar perak. Seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia ini aktif di kaca televisyen sejak tahun 1999 lagi.

Kemunculannya menerusi drama berjudul Nur telah berjaya menambat hati penonton apatah lagi buat peminat karya seninya. Dua dekad berkecimpung dalam industri sememangnya memberikan bayangan jelas bahawa dar4h anak seni dalam diri aktress ini cukup deras mengalir.

Pembawa watak Aishah dalam drama popular Nur  ini selalu berkongsi tentang drama Nur di laman sosial Instagramnya, tapi kali ini Noorkhiriah memuat naik sekeping foto yang dikirimkan oleh suaminya, Azfaizul Ahtan.

Difahamkan menerusi  status yang dimuat naik, Khairiah baru bercadang untuk pergi keluar bersuka ria. Sebelum keluar Khiriah ingin meminta izin suaminya dahulu, lalu menghantar mesej (tidak dinyatakan pula aplikasi mesej yang digunakan ) kepada suaminya itu.

Khiriah sangat terkejut apabila menerima balasan mesej daripada suaminya. Mesej tersebut sangat menyedarkan dirinya dan terus sahaja Khiriah membatalkan niatnya untuk keluar bersuka ria.

Apa lagi cepat-cepat Khiriah pergi solat Dhuha. Allahuakbar. Bersyukurlah kerana masih ada yang mengingatkan kita.

Hah.. kalau nak tahu apa mesej yang dibalas oleh suaminya boleh tengok foto di bawah ye. Mesti memasing insaf kan ?

Inilah foto dan kapsyen Noorkhiriah dalam laman Instagramnya :

” Baru je feeling nak bersukaria.. mesejlah cik suami nak minta izin. Sekali cik suami reply ni, dia tak cakap banyak.. “

” Maknanya takyah nak bersukaria sangat.. urmmm korang dah dhuha?.. “

Rata-rata pengikutnya merasakan mesej yang dihantar oleh suami Khiriah memberi kesan yang sangat mendalam. Ini antara komen-komen mereka:

” Makan dalam tazkirah ni… kirim salam dkt abe zul kite “

” Steady abg faizul lain mcm dia nye reply kak “

” Msg sentap ne… Mendalam “

” Betul2 makan dalam “

” Deep sgt cara reply nye tu “

” Deep ter0k ni. “

” Uih pedas suami akak reply. Smp sy pun terasa. K la nak dhuha dulu tk jd la tdo. “

Ada juga yang mengaitkannya dengan Slot Drama Nur 2.

” Hahaha.. patut pah echah taat sgt kat husband dia yg perangai hantu cz hari2 tgok pic liang lahad “

” Aisyah kena redho.. nanti derh4ka tak masuk syurga “

Namun begitu, rata-rata peminatnya menyatakan Khiriah sangat bertuah dan mengucapkan terima kasih di atas peringatan ini.

” Tahniah khiriah dapat suami yg sentiasa mengingatkan… Sungguh mendalam maksudnya.. Takpe akak.. Untung akak.. “

” Ada suami yg masih boleh tolong ingat mengingati.. Syukur Alhamdulillah.. “

” Huishhh seramnyaa terus teingat macam mana amalanku nnty “

” Yaaa kubur disitu tempat kita kita semua kan.. “

” Alhamdulillah… terima kasih ingatkan.. “

” Peghh.. hasben akk mmg steadylah.. insaf “

” Huhhh…deep tq for remember that… “

Bukan setakat itu sahaja peringatan yang Noorkhiriah ingin kongsikan. Terbaru, Khiriah ada memuat naik kapsyen berserta status untuk entri yang lain.

Kapsyen ini mengenai abang kandungnya. Khiriah menyatakan selain suaminya, abangnya adalah antara insan yang sentiasa memberi nasihat kepada dirinya supaya tidak terus hanyut dengan kelalaian dunia.

Ada sebab mengapa suaminya menghantar gambar kub0r dan abang kandungnya menghantar gambar bersama Ustaz Don. Apabila kita mengingati yang baik, kita akan sentiasa berbuat baik. InshaAllah.

Jom lihat Kapsyen dan foto di bawah :

” Oh my tok janggut, yang berdiri tu abg akak.. bukan yg duduk.. duduk tu Ustaz Don. Hidup ni mmg simple.. nak tergelincir Allah anta mende2 cmni.. “

” Mgkn korg tak paham.. tapi itulah mende2 yg mengingatkan akak. kalau ssorang mmg tak kuad nak maintain kdg bocor tapi itulah.. “

” Suami anta gambar kub0r.. abang anta gambar gini.. maknanya jaga diri jaga akhlak jaga nama keluarga.. “

” Sebab dema tau adik dema ni pala masuq ayaq bila terlepas dari kandang. Terima Kasih Allah. “

Terima kasih Noorkhiriah atas peringatan yang dikongsikan. Kami dari Berita Kopak mendoakan Khiriah sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

(Kredit : FB Cikimikionfb)

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Noorkhiriah By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..